Satu program sebulan eratkan hubungan
7:46 PM
PONTIAN: Pemuda Umno peringkat cawangan atau bahagian perlu mengadakan sekurang-kurangnya satu program sehari dalam sebulan untuk mengeratkan hubungan dan semangat setia kawan di kalangan ahli sekali gus menarik minat penyertaan generasi baru. Ahli Parlimen Pontian yang juga Ketua Penerangan Umno Pusat, Ahmad Maslan, berkata hubungan erat antara ahli Umno dan masyarakat yang kekal berterusan, dapat menguatkan parti itu. Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, walaupun matlamat dan objektif yang disasarkan adalah suatu yang agak sukar dicapai, ia tidak mustahil jika ada sokongan, kerjasama, kerja keras serta desakan keinginan untuk berubah.
“Marilah kita bekerjasama dalam suasana muafakat dan mesra, menggembleng tenaga serta berusaha menjayakan apa saja seruan pemimpin parti dan kerajaan untuk masa depan bangsa,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tanjung Piai 2009 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Barat, di sini. Turut hadir, Ketua Pemuda Umno bahagian Tanjung Piai, Misnor Bujang. Selain itu, Ahmad berkata, Pemuda Umno sebagai sayap utama parti perlu menjadi barisan hadapan parti dalam memperjuangkan segala agenda parti dan kerajaan.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 7:46 PM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0