Ambil iktibar sikap DAP

BUKIT MERTAJAM 12 Ogos - Penyokong Pas di Permatang Pasir perlu mengambil iktibar daripada sikap dan tindak-tanduk pemimpin DAP yang semakin berani mencabar prinsip perjuangan Islam yang dipertahankan parti itu selama ini.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kenyataan daripada pemimpin DAP kebelakangan ini menggambarkan sumbangan Pas sebagai antara tulang belakang pakatan pembangkang di Pulau Pinang tidak dihargai.
Malah, katanya, walaupun berjaya mempertahankan satu-satunya kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir sejak tahun 1999, Pas tidak diberi peranan langsung dalam barisan kepimpinan negeri.
''Sebenarnya, penyokong Pas menyedari bahawa kerjasama (pakatan pembangkang) ini terutamanya di Pulau Pinang merupakan satu kesilapan. Senario politik semasa membuktikan hakikat ini.
''Ada kecenderungan dia (DAP) mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati pemimpin dan penyokong Pas dan enggan pula meminta maaf. Ini sebenarnya memberi pengajaran yang cukup jelas kepada Pas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dan sesi taklimat dengan pemimpin serta ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Permatang Pauh di sini semalam.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 3:00 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Ambil iktibar sikap DAP

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]