Tiada Sebab BN Tidak Bertanding Di Permatang Pasir

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Tiada sebab untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan Sabtu.Beliau berkata Umno tetap akan bertanding meskipun pembangkang meminta supaya parti itu tidak meletakkan calon seperti yang dilakukan pada pilihan raya kecil negeri Penanti 31 Mei lepas."Seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), jika ia berkaitan dengan keperluan Perlembagaan, maka kita akan lawan," katanya yang juga Anggota Parlimen Pontian ketika dihubungi Bernama di sini.Pada pilihan raya kecil DUN Penanti, BN tidak meletakkan calonnya kerana kekosongan kerusi itu berlaku apabila wakil rakyatnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan dan parti itu hendak menyelesaikan masalah dalaman mereka.Kerusi DUN Permatang Pasir kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada PAS semalam, kerana sakit jantung di Institut Jantung Negara di sini.Dalam perkembangan lain, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyambut baik pengumuman Najib yang juga Presiden Umno semalam berhubung penubuhan sembilan biro Umno."Ini adalah satu usaha yang baik dan dengan pembahagian tugas itu, saya percaya kita (Umno) dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik selain dapat menjadikan Umno terus relevan dalam memperjuangkan kepentingan rakyat," katanya.Sembilan biro yang diumum semalam ialah Biro Latihan yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Biro Keahlian), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Biro Perlembagaan) dan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin (Biro Ekonomi).Biro Pendidikan akan dipengerusikan Datuk Abdul Ghani Othman, Ahmad Maslan (Biro Penerangan), Datuk Mustapha Mohamad (Biro Hal Ehwal Institusi Pengajian Tinggi), Senator Datuk Mejar Jen (B) Jamil Khir Baharom (Biro Agama) dan Datuk Ahmad Shabery Cheek (Biro Hal Ehwal Luar Negara dan Kelab Umno Luar Negara).

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 3:44 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Tiada Sebab BN Tidak Bertanding Di Permatang Pasir

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]