Ahmad Maslan terharu terima darjah kebesaran

MELAKA 11 Okt. - Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang dianugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena Ulang Tahun Ke-71 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob, bersyukur menerima anugerah tersebut.
Menurutnya, anugerah itu merupakan satu motivasi kepada beliau untuk memberikan khidmat berterusan kepada negara, parti dan rakyat.
''Bagi saya, anugerah ini akan meletakkan diri seseorang itu ke satu tahap yang lebih diperlukan rakyat.
''Sebab itulah saya perlu memotivasikan diri secara peribadi untuk berkhidmat lebih lagi kepada rakyat demi agama, bangsa dan tanah air,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Hari Jadi Ke-71 Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh dekat sini hari ini.
Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO merupakan antara 412 penerima yang menerima anugerah darjah kebesaran itu.
Dalam pada itu, kehadiran penyanyi 60-an, Datuk Jefry Din turut mencuri perhatian pada majlis istiadat tersebut.
Jefry atau nama sebenarnya, Jefrydeen Imbrom Soekaman dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.
Jefry melahirkan rasa syukur dan terharu atas penganugerahan yang diterimanya.
Beliau menyifatkan pengiktirafan itu tidak ternilai buatnya selepas hampir 45 tahun melibatkan diri dalam bidang nyanyian.
''Ini adalah satu penghargaan terbaik untuk anak-anak seni yang telah berjuang berpuluh-puluh tahun sehingga sekarang ini.
''Anugerah ini akan mendorong saya untuk terus bergiat dalam industri seni tanah air sampai bila-bila dan semoga ia menjadi dorongan kepada artis lain untuk berjuang lebih gigih pada masa akan datang,'' katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 8:45 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Ahmad Maslan terharu terima darjah kebesaran

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]