Rakyat tolak politik sempit

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang membuktikan rakyat kini menolak politik sempit, bercelaru dan berasaskan provokasi yang diamalkan pembangkang.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali (gambar) menegaskan, jika selama ini pakatan pembangkang bebas menggunakan isu undi pos sebagai punca kemenangan BN, pilihan raya kecil hari ini membuktikan sebaliknya.
''BN melalui calonnya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad bukan sahaja menang undi pos, malahan lebih menarik, beliau juga menang di kesemua peti undi awam.
''Ini membuktikan rakyat telah menolak perjuangan politik pembangkang yang makin bercelaru dan sering melakukan provokasi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan memberitahu, kemenangan parti itu malam ini disebabkan oleh lima faktor utama.
Katanya, antara faktor itu ialah rakyat di negara ini semakin menerima baik konsep 1Malaysia yang menekankan kepentingan rakyat dan usaha gigih serta prestasi para pemimpin BN.
''Selain itu, kita juga perlu mengambil kira faktor Tan Sri Isa yang memang dikenali ramai, mesra rakyat serta banyak berjasa kepada para penduduk di kawasannya,'' jelasnya.
Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menjelaskan, kemenangan Mohd. Isa kali ini mencerminkan perjuangan BN masih relevan dan diterima baik oleh rakyat.
''Di samping itu, keadaan Pas dan pakatan pembangkang lain yang ketandusan isu menyebabkan para pengundi menolak prinsip perjuangan parti tersebut dan calonnya sekali,'' ujarnya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:02 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Rakyat tolak politik sempit

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]