Arahan adakan aktiviti komuniti setiap bulan

KUALA LIPIS 16 Nov. - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan semua cawangan dan bahagian parti itu di seluruh negara mengadakan aktiviti komuniti melibatkan rakyat pelbagai kaum dan peringkat, setiap bulan.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, arahan itu perlu dilaksanakan segera dalam usaha menarik lebih ramai golongan muda terbabit dalam aktiviti anjuran parti itu.
``Selain di peringkat bahagian, aktiviti sama juga perlu diadakan di kawasan dewan undangan negeri (DUN) kerana kita melihat aktiviti sedemikian dapat melibatkan pelbagai lapisan masyarakat secara langsung,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra dan penyampaian hadiah pertandingan sepak takraw peringkat DUN Padang Tengku di Kampung Gua dekat sini hari ini. - Utusan

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 7:42 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for Arahan adakan aktiviti komuniti setiap bulan

  1. Inilah yang dah lama saya nantikan. Bukan sahaja untuk menarik kembali golongan muda kepada aktiviti UMNO tapi penglibatan masyarakat setempat dan hubungan dengan wakil rakyat. Itu amat penting. Aktiviti berkaitan secara tidak langsung akan mengheret wakil rakyat serta jentera UMNO turun padang dan sesuai dengan slogan "Bersatu,Bersetia,Berkhidmat".

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]