Felda sediakan RM750 juta jayakan program GMN

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Felda menyediakan sejumlah RM750 juta dalam bentuk modal dan infrastruktur bagi menjayakan program Gedung Makanan Negara (GMN) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Julai lalu.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memberitahu, projek GMN yang akan dilaksanakan dalam dua fasa itu bermatlamat menjadikan Felda pusat pengeluar utama makanan negara.
"Pelancaran program ini boleh meningkatkan produktiviti isi rumah peneroka dan memaksimumkan penggunaan tanah kosong dengan aktiviti pertanian.
"Selain itu, program ini juga bakal membuka peluang pekerjaan kepada warga Felda dan masyarakat sekitar bagi menjana pendapatan tambahan kepada peneroka," katanya menjawab soalan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Ahmad menambah, Felda menetapkan tempoh 10 tahun bagi mencapai sasaran tersebut iaitu dari 2010 hingga 2019.
Katanya, fasa pertama program itu memberi tumpuan kepada projek lembu pedaging, ikan tilapia, pisang berangan dan cili kulai.
Bagi fasa kedua pula, katanya, Felda menumpukan kepada usaha meningkatkan pasaran tempatan dan menembusi pasaran import.
''Semua fasa ini akan dilaksanakan berdasarkan sistem peladangan kontrak," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:09 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Felda sediakan RM750 juta jayakan program GMN

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]