Projek rumpai laut di Sabah

KOTA KINABALU 21 Nov. - Felda akan memulakan Projek Pengkulturan Rumpai Laut di negeri ini di kawasan seluas 2,000 hektar dengan kos permulaan sebanyak RM7.27 juta mulai Januari depan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, projek itu melibatkan 1,876 rakyat negeri ini yang terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar. "Empat daerah dipilih untuk projek perintis iaitu Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Kudat. Projek ini akan bermula di Semporna dengan keluasan 200 hektar," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi taklimat Program Pembangunan Felda Sabah di Sutera Harbour di sini hari ini. Katanya lagi, projek itu yang meliputi empat daerah dijadualkan siap sepenuhnya pada 2020 dan mereka yang terlibat dinamakan sebagai peneroka laut.
Bagi menjayakan projek itu, beliau menambah, satu jawatankuasa penasihat diketuai Felda akan dilantik yang melibatkan kerajaan Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Jabatan Perikanan Sabah dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.
Sementara itu, beliau berkata, Sabah adalah satu-satunya negeri yang menerima keuntungan sebanyak 30 peratus hasil daripada ladang Felda sejak lima tahun lalu.
Jelasnya, jumlah yang diterima bagi tempoh itu ialah sebanyak RM253.68 juta dan pembayaran itu dibahagi dua kepada kerajaan negeri dan Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (SDO).
Dana yang diperoleh SDO itu, katanya, digunakan untuk Program Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS), membaiki rumah daif dan projek rumpai laut.
"PPMS sudah dilaksanakan sebelum ini dan bagi projek membaiki rumah daif, seramai 500 penduduk dari Kalabakan dan 24 lagi dari Beaufort layak menerima bantuan ini," ujarnya.
Menurutnya, sebanyak RM7.86 juta disediakan untuk tujuan itu dan setiap rumah akan menerima RM15,000 dalam bentuk kayu, zink, paku, tangki air dan sebagainya.
Dalam pada itu, katanya lagi, jumlah keseluruhan kawasan perladangan Felda di Sabah ketika ini ialah seluas 108,866 hektar dan jumlah peneroka pula seramai 7,000 orang.
Tambahnya, Felda Sahabat di Lahad Datu adalah yang terbesar di Sabah dan berkeluasan 104,214 hektar.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:31 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for Projek rumpai laut di Sabah

  1. ingin terlibat dengan FELDA rumpai laut di Semporna

    assalamualaikum Y.B

    saya mizpal bin ali merupakan seorang pelajar sarjana dari Universiti Malaysia Sabah.
    saya berasal dari semporna,
    pernah buat latihan ilmiah di Felda Sahabat 1 Lahad Datu dan menulis tentang kemiskinan Felda Sahabat 1 Lahad Datu,
    kini saya sedang menyiapkan tesis sarjana yang dijangka siap hujung tahun ini.
    tajuk tesis itu kominiti miskin dan projek tanaman rumpai laut: satu kajian di semporna.
    justeru, tujuan saya menghantar email ini ialah meminta budi dan jasa tuan/puan agar mengambil saya sebagai pekerja sepenuh masa atau sambilan dalam projek ini. dengan kepekaran yang ada saya yakin dapat membantu menjayakan projek ini.
    harapan ini mengunung, dengan harapan saya dapat berbakti kepada penduduk semporna yang selama ini mundur.

    sekian terima kasih.

    mizpal bin ali
    840412126825
    0138556691

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]