sekadar teguran kepada MCA
6:44 PM
UMNO tidaklah berhajat untuk mencampuri urusan MCA.. Tetapi sebagai keluarga dalam BN, Apa juga hal positif atau negatif yang berlaku kepada ahli kompenan akan memberi implikasi kpd keseluruhan warganya.. seikhlasnya dimaklumkan bahawa perbalahan dalaman MCA ini adalah mengkhuatirkan jika berlanjutan.. harapan kita pejuang parti yang ingin menjadi juara rakyat (champion of the people), janganlah ia berterusan tanpa kesudahan.. rakyat juga tentu rasa hairan.. tentu ada cahaya dihujung setiap terowong.. pada ketika UMNO sedang diperkukuhkan, sedang berubah ke arah suatu transformasi yang hebat, tentunya krisis MCA ini mengganggu perjalanan kita itu.. tentunya ada kaedah ‘win-win’ dalam setiap pelan perdamaian..
Kaedah "menang-menang" berlandaskan perlembagaan parti boleh dilaksana.. kaedah potong dan buang biasanya akan membawa implikasi yang buruk.. kaedah perundingan banyak membawa kebaikan dibanding kaedah konfrantasi.. sekali lagi dinyatakan bahawa, harapan kita yang berada dalam keluarga BN.. Cukuplah…
Tanpa ingin berniat untuk mengajar MCA bagaimana untuk selesaikan kemelut mereka, sekali lagi dipertegas bahawa , krisis ini sangat tidak baik untuk imej BN di mata rakyat dan di mata rakan-rakan keluarga BN.. Pihak pembangkang pastinya bertepuk tangan tanpa henti sejak mula krisis ini.. mari kita sama-sama berhentikan keseronokan mereka mendapat dividen politik dari pertelingkahan kita..

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 6:44 PM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0
MCA patut melihat kepentingan negara mengatasi kepentingan diri. Mereka sepatut belajar daripada pengalaman pemimpin MCA terdahulu. Pergeseran dan ketiadaan muafakat ketika ini bakal mengundang banyak masalah terutama masyarakat keturunan Cina.
Jika pemimpin-pemimpin yang sedia ada dapat menilai diri sendiri dan berfikiran rasional maka nilailah apakah mereka mahu menyumbang untuk memperkukuhkan parti atau sebaliknya.
Yang banyak masalah undurlah cara hormat dan tetap menyokong kepimpinan baru. Jika tidak, sampai bilapun MCA gawat dengan masalah dalaman parti.
Janganlah yang bermasalah terus mencetuskan keghairahan bukan-bukan. Sudahlah dalam PRU12 membawa prestasi merudum dan imej yang tercalar. Masih juga di kalangan yang bermasalah mahu menegakkan benang yang basah.