Bentang NKRA bukan gimik
2:58 PM
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Pembentangan laporan pencapaian enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bukan gimik sebaliknya lambang ketelusan kerajaan memantau prestasi setiap kementerian yang melibatkan kepentingan rakyat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, ia membolehkan rakyat melihat kemampuan setiap kementerian seterusnya memberi peluang mereka menyampaikan kritikan secara objektif.
"Ini menunjukkan kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan konsep keterbukaan serta membenarkan rakyat menjadi hakim," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Semalam, Najib mengumumkan prestasi terperinci mengenai NKRA kementerian-kementerian akan dibentangkan di Pusat Konvensyen Sunway dekat sini pada Khamis dan Jumaat ini.
Katanya, orang ramai diundang ke acara itu bagi memberi maklum balas dan kritikan ke atas perkara berkaitan NKRA.
Justeru, Ahmad berharap pengumuman itu tidak hanya dibentangkan di Sunway sebaliknya diperluas ke medium lain seperti blog bagi menggalakkan interaksi antara kerajaan dan rakyat.
Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir pula berkata, pembentangan tersebut penting bagi setiap kementerian memperbaiki usaha masing-masing.
Katanya, sebagai seorang timbalan menteri, beliau berasa gementar kerana bimbang sekiranya NKRA kementeriannya tidak menepati prestasi yang diharapkan.
"Sewaktu saya bekerja di sebuah syarikat dahulu, menjelang pengumuman NKRA, saya selalu berasa bimbang apatah lagi kini sebagai timbalan menteri, prestasi saya melibatkan kepentingan rakyat," jelasnya.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong pula memberitahu, pengumuman NKRA itu melambangkan ketelusan kerajaan bagi memenuhi selera rakyat.
"Konsep keterbukaan Perdana Menteri semestinya ditunggu-tunggu rakyat jelata kerana mereka ingin sangat sertai dan lihat prestasi dikatakan NKRA serta sama ada sasaran itu tercapai atau tidak," ujarnya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 2:58 PM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0