Parti baru tidak mampu gugat BN

PONTIAN: Kewujudan parti politik baru tidak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN), terutama di kawasan luar bandar. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata rakyat tahu prestasi BN dan beliau yakin sokongan terhadap kerajaan tidak berubah walaupun banyak parti baru wujud dengan pelbagai nama unik. Beliau berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sudah membawa perubahan besar dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan yang dituntut rakyat selama ini.
“Sebagai negara demokrasi, rakyat bebas menubuhkan parti jika itu yang mereka fikirkan sesuai sebagai landasan perjuangan mereka, tetapi saya percaya rakyat semakin faham, parti mana sebenarnya yang berjaya membawa perubahan kepada mereka. “Biarlah parti baru wujud, tetapi saya tetap yakin sokongan terhadap BN tidak akan berubah malah kini kita dapat lihat keyakinan rakyat terhadap BN semakin kukuh,” katanya pada sidang media selepas majlis anugerah Desa Cemerlang, Parlimen Pontian, di Kampung Permatang Duku, Benut, di sini, petang kelmarin. Hadir sama Ahli Parlimen Pontian yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Mohd Shafie yang juga Naib Presiden Umno berkata, beliau difahamkan parti baru, Parti Cinta Malaysia (PCM) adalah serpihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan jelas mereka tidak akan mampu menjejaskan sokongan terhadap BN.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 3:07 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Parti baru tidak mampu gugat BN

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]