PM arah BTN pergiat elemen 1Malaysia dalam modulnya

KUALA LUMPUR 15 Dis. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Biro Tata Negara (BTN) supaya mempergiatkan elemen gagasan 1Malaysia dalam modul kursus dan seminarnya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, sehubungan itu, pihaknya akan mengadakan beberapa sesi penerangan kepada lebih 2,000 tenaga penggerak BTN pada bulan depan bagi memberi lebih pemahaman tentang gagasan itu.
"Kita akan menjelaskan lagi gagasan 1Malaysia ini kepada mereka yang terdiri daripada fasilitator, penceramah, pengkuliah dan jurulatih BTN. Sebenarnya kita sudah mula sejak Mei lepas tetapi tidak secara menyeluruh.
"Dalam kursus itu juga, perlu ada ceramah 1Malaysia dan menerapkan lapan nilai gagasan itu termasuk budaya berprestasi tinggi, ketepatan, budaya ilmu, inovasi, integriti, ketabahan, kesetiaan dan kebijaksanaan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini. - Bernama

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 3:02 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for PM arah BTN pergiat elemen 1Malaysia dalam modulnya

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]