'Bapa Angkat' Bahagian Umno Mula Turun Padang Bulan Ini

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Anggota-anggota Majlis Tertinggi Umno yang dilantik menjadi "bapa angkat" kepada lima bahagian, setiap satu bahagian di lima negeri berlainan, akan mula turun padang bulan ini bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat setempat selaras program Juara Rakyat anjuran parti itu.Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata bahagian "angkat" bagi anggota MT itu diputuskan dalam mesyuarat MT Umno pada 4 Dis lepas.Bercakap dalam sidang akhbar di sini Khamis, beliau berkata program Juara Rakyat, yang dilancarkan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak di Hulu Selangor pada 9 Jan lepas, akan digerakkan di kesemua 191 bahagian Umno pada setiap bulan mengikut tema yang ditetapkan."Contohnya bagi Mac, temanya adalah 'agensi kerajaan'. Kami akan kumpulkan semua agensi kerajaan di satu-satu bahagian, iaitu lebih kurang 30 gerai dalam satu dewan, dan mengadakan 'hari bersama pelanggan'," katanya.Setiap bahagian perlu menganjurkan program itu dalam tempoh dua hari satu malam di tempat masing-masing setiap bulan.Ahmad berkata walaupun Umno pusat menyediakan peruntukan untuk program itu, setiap bahagian digalakkan mencari peruntukan tambahan.Beliau berkata program Juara Rakyat itu diadakan sebagai satu cara untuk menyelesaikan masalah rakyat setempat yang sudah lama tertangguh dan tidak mendapat perhatian."Penggunaan perkataan juara mempunyai makna yang luas...iaitu pemimpin menjuarai kehidupan rakyat dan akhirnya rakyat menjadi juara kerana nasib mereka terbela dan hidup bahagia," katanya.Ahmad berkata selaku Ketua Penerangan beliau akan membentangkan laporan mengenai perjalanan program itu dalam mesyuarat MT Umno dari semasa ke semasa.-- BERNAMA

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:41 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for 'Bapa Angkat' Bahagian Umno Mula Turun Padang Bulan Ini

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]