Tempoh bertenang: Semua parti politik wajar beri sokongan
8:23 PM
KUALA LUMPUR 30 Dis. - Semua parti politik wajar memberi sokongan selain diminta sentiasa 'berlapang dada' terhadap dua cadangan terbaru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu menguatkuasakan tempoh bertenang 24 jam serta penamaan calon tiga hari.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau percaya apa yang dicadangkan oleh SPR itu bertujuan memastikan perjalanan pilihan raya berjalan lancar sekali gus memberi keselesaan kepada parti-parti yang bertanding.
Berdasarkan pengamatannya, beliau turut yakin kedua-dua cadangan itu mampu mengelakkan berlakunya insiden-insiden tidak diingini seperti tindakan agresif para penyokong sehingga mengganggu proses pembuangan undi.
''Ia berlaku dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini dan bagi membaiki keadaan SPR perlu meminda beberapa prosedur supaya badan itu tidak dituduh lemah dalam mengendalikan pilihan raya.
''Oleh itu saya amat berharap semua parti politik memberi sokongan kepada langkah yang akan diambil SPR ini dan saya yakin ia mampu memberi kebaikan kepada semua pihak,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas cadangan SPR memperkenalkan peraturan tempoh bertenang selama 24 jam dan proses penamaan calon selama tiga hari.
Kedua-dua cadangan itu merupakan inti pati kandungan kepada pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 bagi membendung kekecohan dan keganasan yang ditimbulkan oleh penyokong-penyokong parti bertanding.
Jika cadangan itu diluluskan maka tempoh bertenang akan bermula sehari sebelum hari pembuangan undi berbanding bermula pada pukul 12 tengah malam sebelum hari pengundian sekarang ini.
Cadangan supaya tempoh penamaan calon dipanjangkan selama tiga hari pula untuk mengelakkan pertembungan penyokong parti-parti bertanding yang datang secara serentak.
Dalam pada itu Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, cadangan SPR supaya tempoh bertenang selama 24 jam dan proses penamaan calon dipanjangkan selama tiga hari perlu diteliti secara menyeluruh sebelum ia dibentangkan di Parlimen pada tahun depan.
Beliau berkata, langkah itu bertujuan bagi memastikan pindaan peraturan SPR dilaksanakan dengan lebih berkesan semasa menghadapi pilihan raya.
''Kita juga mahukan penguatkuasaan peraturan dan undang-undang ditingkatkan supaya pindaan itu tidak memberi implikasi negatif dan dijadikan isu politik selepas ia dikuatkuasakan nanti,'' katanya lagi.
Ahmad berkata, sebelum ini penguatkuasaan peraturan tidak membenarkan pengundi-pengundi berkumpul dalam jarak tertentu dari pusat-pusat mengundi.
''Namun, apabila satu parti mula berkumpul di tepi-tepi jalan, tentu parti lawan akan melakukan perkara yang sama. Akhirnya jalan menjadi sesak dan menyebabkan berlaku pergaduhan.
''Insiden ini telah mengakibatkan negara mendapat persepsi dan imej yang buruk dari negara luar kerana kegagalan penguatkuasaan peraturan dan undang-undang pilihan raya,'' katanya.
Menurut Ahmad, pindaan itu juga perlu menitikberatkan soal demokrasi di negara ini
''Apa yang baik adalah bagaimana kesuburan demokrasi itu dicapai tanpa pergaduhan antara pemimpin dan penyokong-penyokong parti yang bertanding semasa pilihan raya,'' katanya lagi.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 8:23 PM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0