RM200,000 laksana pelbagai projek kecil di Pontian

PONTIAN 7 Feb. - MCA Bahagian Pontian menerima peruntukan sebanyak RM200,000 daripada Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan sebagai bantuan untuk melaksanakan pelbagai projek kecil pembangunan sepanjang tahun ini.
Pengerusinya, Datuk Tee Siew Kiong berkata, peruntukan disalurkan kepada beberapa pihak seperti sekolah, tadika, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kawasan Parlimen Pontian.
Menurut beliau, pihaknya berterima kasih kepada Ahli Parlimen Pontian itu kerana telah meluluskan peruntukkan yang dipohon dengan sokongan daripada MCA bahagian.
Katanya, peruntukan tersebut membolehkan mereka menambah baik keperluan sedia ada seperti sekolah atau tadika serta membeli peralatan dan sebagainya.
"MCA berharap mereka yang telah menerima peruntukan dapat menggunakannya bagi faedah dan manfaat semua pihak sekali gus memberikan kemudahan kepada yang memerlukannya," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian peruntukan tersebut di Taman Megah Pontian di sini, baru-baru ini.
Peruntukan itu disampaikan oleh Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Penyampaian peruntukan tersebut disalurkan sempena Program Mesra Taman Megah 1Malaysia yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penduduk dan MCA Cawangan Taman Megah.
Pada program tersebut, jawatankuasa penduduk Taman Megah turut menerima peruntukan sebanyak RM20,000 bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mencegah jenayah di taman tersebut.
Tambah Siew Kiong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, kerajaan sentiasa prihatin dengan keperluan yang diminta oleh setiap rakyatnya.
"Ini menunjukkan kerajaan amat serius dalam usaha membela nasib semua golongan penduduk tanpa mengira kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia," ujar beliau.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memasukkan cadangan pembinaan jalan baru atau pelebaran jalan daripada Ulu Choh ke Pontian dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Katanya, program menaikkan taraf jalan tersebut penting memandangkan pertambahan jumlah kenderaan yang semakin ketara sekali gus melancarkan aliran trafik di antara Johor Bahru ke Pontian.
"Memandangkan beberapa daerah lain telah menikmati perhubungan yang semakin baik di antara daerah, maka, wajar daerah Pontian juga mempunyai rangkaian jalan raya yang baik.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 7:29 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for RM200,000 laksana pelbagai projek kecil di Pontian

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]