Tuduhan terhadap Felda tidak berasas - Ahmad Maslan
11:19 PM
PUTRAJAYA 25 Feb. - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan tuduhan Persatuan Anak-anak Peneroka Felda SeMalaysia (Anak) bahawa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melakukan penindasan dan penyelewengan terhadap para penerokanya tidak berasas.
Beliau yang ditugaskan membantu Perdana Menteri menjaga hal ehwal Felda berkata, kerajaan melalui Felda sebagai agensi perladangan negara melakukan apa yang disifatkan sebagai terbaik untuk peneroka masa kini dan juga keturunan mereka yang akan datang.
''Kita menafikan dakwaan yang dibuat oleh Anak kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) semalam yang antaranya membabitkan Akta Kawasan Tanah Berkelompok 1960 (GSA). Ia dikatakan menindas dari segi soal tanaman semula, wang tanam semula peneroka, perjanjian, ladang dan sebagainya.
''Ia sekadar satu mainan politik pihak tertentu yang ingin memecahbelahkan keharmonian warga Felda sejak ia ditubuhkan oleh kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) di sini hari ini.
Pada majlis sama, MFBM turut menyerahkan memorandum membantah cubaan Anak untuk memporak-perandakan gagasan Felda.
Turut hadir Presiden MBFM, Anuar Abdul Manap.
Semalam, MBFM menyerahkan memorandum yang sama kepada Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab yang menyatakan bahawa Anak yang kononnya mewakili golongan belia merupakan pertubuhan tidak berdaftar dan berniat cuba memecah-belahkan keharmonian warga Felda.
Pada hari yang sama, MBFM turut membuat laporan polis terhadap Anak dan Pengerusinya, Mazlan Aliman.
Sehubungan itu, Ahmad memberitahu, beliau berharap polis dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap laporan polis yang dibuat oleh MBFM itu.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 11:19 PM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0
syabas Datuk di atas jawapan ini bagi menjawab tuduhan PAS kononnya kerajaan zalim dan menindas warga FELDA ..
sy walaupun bukan anak FELDA, tetapi sy kagum dengan pencapaian FELDA dan jasa-jasanya kepada peneroka semua .