Sidang Dewan Rakyat akan terus panas

PONTIAN 21 Mac - Sidang Dewan Rakyat yang bersambung esok dijangka terus panas apabila lebih banyak drama dan pendedahan baru dijangka dibuat oleh bekas ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sejak sidang bermula minggu lepas, hanya Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) yang sudah berucap membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, semua mata kini tertumpu kepada tiga lagi bekas wakil rakyat PKR iaitu Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Zukifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu)
"Jika pada minggu lalu, ucapan yang dibangkitkan Zahrain menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar meninggalkan sidang Dewan Rakyat, ia mungkin akan berlaku lagi pada minggu depan.
"Kami menanti perbahasan tiga ahli Parlimen Bebas itu yang akan mewarnai landskap politik seperti dilakukan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru itu,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Program Operasi Khidmat Masyarakat (Opkim) di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pontian, di sini hari ini.
Program Opkim bersama Gerakan Belia 4B Parlimen Pontian itu melibatkan seramai 32 mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam serta 75 pelajar dari tiga buah sekolah menengah sekitar Pontian.
Hadir sama, Pengerusi Gerakan Belia 4B Pontian, Mohd. Sumali Riduan dan Pengetua MRSM Pontian, Ahmad Kamal Abu Bakar.
Minggu lalu, Zahrain menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila 'memecahkan tembelang' Ketua Pembangkang itu berhubung rancangan 16 September 2008.
Beliau mendedahkan bagaimana Anwar membohongi wakil rakyat pembangkang kononnya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional ( BN ) yang akan melompat parti menyertai pembangkang lebih daripada mencukupi bagi membentuk kerajaan pintu belakang itu.
Tambah Ahmad yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, pendedahan pada minggu lalu itu sewajarnya membuka mata rakyat mengenai sikap sebenar Anwar.
"Beliau bukan sahaja tidak berani menjawab segala tuduhan yang dilemparkan malah telah melarikan diri ke London untuk meminta simpati dan campur tangan negara asing," tegas beliau.
Ahli Parlimen Pontian itu berkata, walaupun tindakan Zahrain tidak disenangi oleh ahli Parlimen pembangkang, tetapi hakikat rancangan untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008 memang berlaku.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:56 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

2 comments for Sidang Dewan Rakyat akan terus panas

  1. panasnya akan membara bila tiba pula giliran anwar ibrahim, bila yb? next thursday ka? BTW hujung minggu lalu you tidoq rumah orang felda mana?...Kah..Kah..Kah..

  2. apa ni yb.. ketua-ketua penerangan umno baik dalam bahagian mau pun dalam cawangan di penang ni asyik dok makan kacang dengan kuaci tepi laut di padang kota saja? Kami nak juga dengar ceramah dari umno tapi tak pernah ada,jadi kena dengaq ceramah Pakatan Rakyat laa.. tak kan dok harap kat tv kat paper jadi ketua penerangan kot? BTW hujung minggu depan nak pi tidoq rumah felda mana? Kah..Kah..Kah..

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]