158 peneroka dapat pinjaman RM6.1j

HULU SELANGOR 22 April - Sebanyak 158 peneroka Felda di empat kawasan di sini menerima pinjaman perumahan tanpa faedah yang keseluruhan berjumlah RM6.1 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi membaik pulih atau membina semula rumah asal di tanah rancangan. Peneroka-peneroka tersebut adalah dari Felda Sungai Tengi, Sungai Tengi Selatan, Gedangsa dan Soeharto yang terletak dalam Parlimen Hulu Selangor. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, peruntukan itu diluluskan sendiri oleh Perdan Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 3 April lalu. ''Mereka yang layak diberi pinjaman RM30,000 hingga RM40,000 seorang kerana Perdana Menteri mahu peneroka tinggal dalam ceria dan indah. ''Ini juga sebahagian daripada transformasi yang mahu dilakukan kepada peneroka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek pinjaman perumahan kepada 49 peneroka Felda Soeharto di sini hari ini. Ahmad menambah, peneroka hanya perlu membayar kurang RM300 sebulan yang diperoleh daripada hasil kebun sawit bagi tempoh 20 tahun sehingga pinjaman selesai. Dalam perkembangan lain beliau yang juga Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) memberitahu hasil kempen yang sepadu daripada semua parti komponen menyaksikan sokongan pengundi terhadap calon BN, P. Kamalathan pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor Ahad ini, semakin meningkat. Namun beliau mengingatkan jentera BN jangan mudah yakin dan leka lebih-lebih lagi tempoh dibenarkan berkempen tinggal dua hari lagi kerana dalam pilihan raya kecil pelbagai perkara boleh berlaku. Katanya, walaupun kini hampir setiap hari ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar parti dan ia merupakan satu bonus kepada BN tetapi jentera parti tidak boleh terlalu yakin dengan perkembangan tersebut. ''Saya menerima banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyebut calon BN akan memang. Kita tidak boleh percaya kerana tidak tahu apa sebenarnya strategi PKR pada saat-saat akhir. ''Sebaliknya jentera BN perlu bekerja keras sehingga pukul 4.59 petang Ahad ini iaitu sehingga pintu pusat mengundi ditutup walaupun bukan dalam bentuk berkempen," jelasnya. Malah kata Ahmad, beliau juga dimaklumkan bahawa PKR dikatakan akan membawa masuk banyak kenderaan memenuhi jalan-jalan di kawasan membuang undi bagi menakutkan orang ramai untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari tersebut.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:35 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for 158 peneroka dapat pinjaman RM6.1j

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]