'Pakatan pembangkang tumpang kejayaan BN'

AHMAD melihat poster 1Malaysia yang diserahkan Siti Hajar sambil diperhatikan Mohd Ghazali (dua dari kiri), Zulkarnain dan Norhasni (kanan) selepas merasmikan Program Motivasi Keibubapaan & Kecemerlangan Pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Antara Gapi, semalam.

KERLING: Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata pakatan pembangkang yang kini mentadbir Selangor, Kedah dan Pulau Pinang hanya sekadar menumpang segala pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk rakyat. Ahmad memberi contoh pembangkang yang sudah dua tahun menerajui Selangor langsung tidak membawa sebarang pembangunan di kawasan Parlimen Hulu Selangor dan penduduk setempat sedar mengenai perkara itu. “Kita langsung tidak nampak apa pembangunan yang dibawa pembangkang kepada rakyat Hulu Selangor. Di kawasan Parlimen Hulu Selangor ada 50 sekolah rendah dan 16 sekolah menengah.

“Selain itu, ada kilang besar serta kawasan industri yang menawarkan pelbagai pekerjaan kepada penduduk setempat, tetapi kemajuan ini semua adalah hasil kerajaan BN ketika memerintah Selangor. “Kita amat berharap rakyat setempat akan menolak keluar pembangkang dan seterusnya memberi semula peluang kepada BN untuk meneruskan pembangunan bagi kesejahteraan rakyat,” katanya selepas merasmikan Program Motivasi Keibubapaan & Kecemerlangan Pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kerling, di sini semalam. Turut hadir Pengetua Sekolah Kebangsaan Antara Gapi, Siti Hajar Ramli; Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru, Datuk Mohd Ghazali Dahaman; Pengerusi Majlis Belia Selangor, Zulkarnain Abu Hanit dan Pengerusi Persatuan Penduduk Antara Gapi, Norhasni Marjumat.

Mengenai tindakan pakatan pembangkang yang mahu menggunakan pendekatan menyerang dasar 1Malaysia pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata BN tidak gentar kerana rakyat menyokong penuh gagasan berkenaan.

“Pembangkang sendiri tahu 1Malaysia semakin popular di kalangan rakyat pelbagai kaum... rakyat menyokong segala usaha kerajaan BN sebab itu mereka (pembangkang) membuat pelbagai tohmahan terhadap 1Malaysia,” katanya. Ahmad berkata, BN akan mempertahankan habis-habisan gagasan 1Malaysia selain terus memberi penerangan kepada rakyat termasuk penduduk Parlimen Hulu Selangor mengenainya. “Tindakan pembangkang yang mahu menyerang 1Malaysia menunjukkan mereka sudah bankrap idea.

Jika pembangkang tidak mampu mencabar BN, jangan pula mahu memburuk-burukkan usaha murni kerajaan BN,” katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:46 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for 'Pakatan pembangkang tumpang kejayaan BN'

  1. salam,

    tumpang lalu. singgah jap sambil2 tgk golf.

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]