RM36.9 juta untuk pemulihan empat Felda di Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 18 April - Sebanyak RM36.9 juta dibelanjakan FELDA untuk membaikpulih kebun-kebun kelapa sawit terbiar di empat kawasan FELDA di sini lima tahun lepas, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata jumlah itu termasuk kos sara hidup peneroka-peneroka dari FELDA Soeharto, Gedangsa, Sungai Tengi dan Sungai Tengi Selatan, yang keluar daripada tanah rancangan itu pada 1995.

"Sepuluh tahun mereka terpisah, kebun semua tak terjaga sehinggalah Felda belanja RM36.9 juta untuk pulihkan kebun-kebun peneroka yang rosak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di FELDA Sungai Tengi dekat sini.

Peneroka-peneroka di lima FELDA di kawasaan Parlimen Hulu Selangor keluar daripada tanah rancangan itu kerana sebab-sebab tertentu, sebelum kembali semula ke pangkuan FELDA kecuali FELDA Sungai Buaya, kata Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno.

Ahmad yakin 6,904 pengundi FELDA akan mengenang jasa Barisan Nasional (BN).

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:06 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for RM36.9 juta untuk pemulihan empat Felda di Hulu Selangor

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]