SOKONGAN BN TIDAK TERGUGAT

HULU SELANGOR 10 April - Taktik pembangkang yang berhasrat menyerang gagasan 1Malaysia dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor mulai 17 April ini tidak akan mampu menggugat sokongan pengundi kepada Barisan Nasional (BN). Malahan tindakan pembangkang untuk berbuat demikian dianggap muflis isu berikutan pelbagai kemelut dalaman yang dihadapi pakatan tersebut. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, taktik untuk menyerang gagasan 1Malaysia tersebut hanya akan menyebabkan pembangkang dihukum pengundi. "Kita kenal taktik pembangkang yang suka melemparkan pelbagai fitnah. Pengundi sekarang sudah matang untuk menilai dan dalam tempoh dua tahun ini telah banyak pembohongan pembangkang terdedah satu demi satu," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Koperasi Komuniti Orang Asli 1Hulu Selangor Berhad di Bukit Manchong, Batang Kali, di sini hari ini. Beliau diminta mengulas sama ada strategi serangan terhadap gagasan 1Malaysia seperti yang diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini bakal memberi kesan kepada BN. Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, BN sebenarnya sudah bersedia untuk berdepan dengan semua serangan serta tindak-tanduk pembangkang pada pilihan raya kecil itu nanti. Katanya, sebagai sebuah kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat, BN telah meluluskan serta merancang pelbagai projek pembangunan kepada rakyat di kawasan Parlimen Hulu Selangor. "Ini bukan modal pilihan raya tetapi sebagai bukti bahawa kita kerajaan yang mengotakan janji apabila bercakap soal pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat," jelasnya. Sementara itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pula berkata, tindakan itu juga membuktikan pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) khuatir dengan penerimaan positif rakyat terhadap gagasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu. ''Kenapa hendak menyerang dasar yang ternyata membawa kebaikan kepada negara dan rakyat. ''Pembangkang sepatutnya mengetengahkan dasar yang diperjuangkan mereka seperti Middle Malaysia dan kemudian kita lihat dasar mana yang lebih diterima rakyat selepas penjelasan dibuat," katanya kepada pemberita di Kuala Kubu Bharu dekat sini.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:28 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for SOKONGAN BN TIDAK TERGUGAT

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]