4 rangkap pantun berkait (original)

4 rangkap pantun berkait (original)
Majlis Perpaduan Silat Seni Gayung:

(1) Zaman bahari hebat pendekar,
Habis tanah mereka tawan,
Hidup berani kerana benar,
Jujur amanah jadi pegangan..

(2) Habis tanah mereka tawan,
Sejarah keramat demi maruah,
Jujur amanah jadi pegangan,
Itulah semangat membawa tuah..

(3) Budaya bangsa jadi pusaka,
Pantun seloka sajak syair,
Alif Ba Ta perjuangan kita,
Agama bangsa dan tanahair..

(4) Pantun seloka sajak syair,
Di bawah lembayung tiupan bayu,
Agama bangsa dan tanahair,
Hidup gayung Hidup Melayu..

[ABM, 27/6/10, Pinggiran Bt Caves]

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:59 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for 4 rangkap pantun berkait (original)

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]