BN/UMNO TIDAK HIPOKRIT BENTANG USUL KUTUK ISRAEL
1:05 AM
Azmin nyatakan di Dwn Rakyat petang ini bahawa BN/UMNO hipokrit bentang usul kutuk Israel kerana telah lantik APCO yang dia sebut kononnya milik Yahudi Israel. Wahai Azmin, buka www.apcoworldwide.com... disebut APCO adalah salah sebuah syarikat perunding komunikasi terbesar di dunia dimiliki secara independent/private/persendirian, ditubuh 1984 beribu pejabat di Washington DC, bukan di Israel. APCO kini adalah sebagai "one of the largest independently-owned communication consultancies in major business & media capitals throughout the world". Margery Kraus, President & CEO APCO Worldwide, adalah seorang wanita berkulit putih, rakyat Amerika Syarikat, bukan rakyat Israel. Sebagai satu strategi perniagaan, maka APCO mempunyai apa yang disebut sebagai International Advisory Council (IAC) yang bukan pemilik APCO, sekadar menjadi penasihat bila diperlukan. Daripada 53 orang ahli IAC yang berasal dari pelbagai negara terdapat 3 orang daripada mereka Israel, 50 org lagi bukan dari Israel. 3 penasihat dari 50 orang ini tidak menjadikan Israel sebagai pemilik APCO. Teramat cetek pandangan jika 3 drpd 50 boleh menguasai nasihat. Pejabat APCO di 29 tempat termasuk di KL. Staff mereka di KL tidak ada seorang pun orang Yahudi Israel & bertindak sebagai cawangan yg bebas. APCO bukan menasihat dasar negara tetapi hanya menjadi perunding komunikasi kepada dasar yang telah diputuskan agar Malaysia dikenali dengan baik di seluruh dunia. APCO bukan anak syarikat kerajaan Israel, tiada kaitan dengan agenda Israel, hanya sebuah syarikat berorientasi perniagaan dan bukan organisasi politik. Mereka pakar dalam komunikasi strategik dan menasihat agar komunikasi Malaysia bertaraf dunia dan mengguna "the
world best practices in strategic communication". Tuduhan pembangkang menyebut APCO adalah syarikat Yahudi adalah agenda jahat mereka yang kecewa dengan kejayaan Malaysia berada di tempat ke 10 antara negara paling berdaya saing di dunia bagi tahun 2010 di kalangan 58 negara utama dunia. Mereka kecewa kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah 10.1% dalam suku pertama tahun ini.. [ABM]
Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 1:05 AM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0
...yahudi bukan wujud di Israel je... Amerika pun ada Yahudi juga, malah di Penang pun ada...
SALAM YB,
DENGAN PENUH RASA HORMAT TOLONG SERAHKAN SURAT PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI KETUA PENERANGAN UMNO KERANA YB CUKUP GAGAL DALAM MELAKSANAKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN.
YB LEBIH DILIHAT MENAIKKAN IMEJ YB DI KACA MATA DATO SERI PRESIDEN DAN BUKAN UNTUK UMNO SECARA KESELURUHAN.
THE SOONER YOU FORWARD YOUR RESIGNATION LETTER THE BETTER. LET OTHER MUCH MORE CALIBRE PERSON TAKE THE POSITION.