Dewan Rakyat: 78 Kes Penyalahgunaan Bot Nelayan Tempatan Dikesan Tahun Ini

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Sebanyak 78 kes penyalahgunaan bot oleh nelayan tempatan dikesan tahun ini yang melibatkan kegiatan penyewaan bot kepada nelayan asing dan penyalahgunaan awak-awak rakyat asing.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata sehingga Mei tahun ini sebanyak 35 kes itu dikesan di Wilayah Utara, lima kes di Wilayah Selatan, Wilayah Timur (sembilan kes), Wilayah Sarawak (enam kes) dan Wilayah Sabah (23 kes).

Beliau berkata bagi mencegah pencerobohan nelayan asing ke perairan negara ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kini bergiat cergas melakukan rondaan harian di zon maritim negara yang sering diceroboh nelayang asing.

"APMM juga melakukan pemantauan aktiviti perkapalan menerusi Radar Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) di Selat Melaka yang akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak melalui sistem pengawasan laut.

"Kerjasama erat dengan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, swasta dan luar negara turut dijalankan bagi membendung kegiatan pencerobohan bot nelayan asing ke perairan negara ini," katanya ketika menjawab soalan Datuk Tiong Thai King (BN-Lanang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini pada Khamis.

Tiong dalam soalannya ingin tahu bilangan kes penyalahgunaan bot nelayan tempatan kepada nelayan asing dan tindakan yang dilakukan bagi membendung kegiatan itu.

Sementara itu, Maslan berkata pada tahun lepas APMM menahan 1,055 nelayan asing dengan bilangan nelayan Vietnam adalah yang paling tinggi ditangkap iaitu 637 orang, dikuti Indonesia (225 orang), Thailand (166), China (14), Singapura (10) dan Filipina (tiga).

Beliau berkata APMM sentiasa memberi tumpuan dalam melakukan pengawasan dan operasi penguatkuasaan terutama aktiviti yang dilihat memberi ancaman kepada keselamatan Zon Maritim negara.

"Dengan kehadiran aset-aset laut di lokasi tumpuan yang sensitif dalam perairan negara, APMM yakin ia dapat meningkatkan keupayaan dalam mengawal keselamatan negara dan membanteras kegiatan pelanggaran undang-undang maritim.

"APMM juga mampu beroperasi di laut secara berterusan 24 jam sehari-tujuh hari seminggu sebagai operasi cegahrintang di lokasi tumpuan," katanya bagi menjawab soalan Tiong mengenai jumlah nelayan asing yang ditangkap mengikut negara asal pada tahun lepas dan langkah APMM dalam mencegah gangguan nelayan asing.

-- BERNAMA

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 2:23 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Dewan Rakyat: 78 Kes Penyalahgunaan Bot Nelayan Tempatan Dikesan Tahun Ini

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]