Dewan Rakyat: Seramai 1,567 Anak Peneroka Felda Miliki PhD - Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Seramai 1,567 anak peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mendapat pendidikan di peringkat doktor falsafah atau PhD, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata mereka adalah sebahagian daripada 76,415 anak peneroka Felda yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Daripada jumlah itu, seramai 27,160 memiliki ijazah pertama dan sarjana manakala bakinya iaitu 47,688 mendapat pendidikan di peringkat diploma.

Ahmad berkata mereka yang mendapat keputusan akademik kurang cemerlang pula ditawarkan tempat di kolej Felda dan kolej luar seperti Pusat Giat Mara dan Institut Kemahiran Negara bagi mendapat sijil kemahiran.

"Sehingga kini, seramai 29,243 orang generasi Felda telah dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (PSM-Sungai Siput) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, pada Rabu.

Jeyakumar mahu tahu bilangan anak peneroka Felda yang berusia 20 tahun ke atas mengikut pencapaian akademik tertinggi mereka.

Menurut Ahmad, selain itu, kursus peringkat diploma untuk anak peneroka turut ditawarkan Universiti LimKokWing dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, selain serta kursus Jurutera Pelatih Penyelenggaraan Pesawat dan Juruteknik Pelatih Rendah yang diselia syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS).

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 5:48 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Dewan Rakyat: Seramai 1,567 Anak Peneroka Felda Miliki PhD - Ahmad Maslan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]