Majlis Perpaduan & Mandi Minyak Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

Majlis Perpaduan & Mandi Minyak Pertubuhan
Silat Seni Gayong Malaysia Gelanggang Pinggiran Batu Caves Fasa Dua.
Perasmian oleh YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan.



Ahli silat Gayong diminta bersatu

29/06/2010

Perpecahan jejas perpaduan Melayu, Islam

BATU CAVES: Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) meminta perpecahan ahli yang disebabkan penubuhan beberapa pertubuhan silat bagi menyaingi PSSGM, dihentikan segera atas nama perpaduan Melayu.

Yang Dipertuanya, Datuk Adiwijaya Abdullah, berkata penyatuan semula ahli asal pertubuhan seni silat itu perlu dilakukan bagi mempertahan kesucian Islam selain meninggikan maruah dan ketuanan Melayu seperti dikehendaki pengasas PSSGM, Allahyarham Datuk Paduka Meor Abdul Rahman Daeng Uda Mohd Hashim yang meninggal dunia pada 1991. Disebabkan tiada persefahaman, lahir beberapa pecahan pertubuhan Silat Seni Gayong di negara ini yang masih dibayangi teknik dan adat dipraktikkan PSSGM.Ini tidak sepatutnya berlaku dan saya berharap ahli asal PSSGM kembali bersama pertubuhan ini seperti tindakan diambil beberapa rakan kita yang pernah menyertai pertubuhan silat lain sebelum ini, katanya selepas Majlis Perpaduan dan Mandi Minyak PSSGM, di sini, kelmarin. Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di Gelanggang Pinggiran Batu Caves.

Hadir sama Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib, Guru Latih Tertinggi PSSGM, Mustapa Kamal Shariff dan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin yang ditauliah Bengkung Pelangi Hitam Chula 6.

Pada majlis sama, Siti Fadzillah, anak pengasas pertubuhan seni silat itu, mengumumkan keputusannya untuk kembali bersama saf kepemimpinan PSSGM selepas keluar daripada pertubuhan itu, sebelum ini.
Dalam perkembangan sama, Adiwijaya memaklumkan pihaknya bercadang mencari bangunan baru di sekitar Ampang selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan RM2.2 juta bagi pembinaan Wisma Gayong.

Katanya, PSSGM mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan, apatah lagi peruntukan itu membantu usaha PSSGM yang kini mempunyai 50,000 ahli dalam memastikan seni bela diri masyarakat Melayu terus berkembang.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:38 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Majlis Perpaduan & Mandi Minyak Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]