Najib sokong NGO teruskan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tetap akan menyokong program dan usaha badan bukan kerajaan (NGO) untuk meneruskan penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

"Saya fikir amat baik sekiranya NGO ini, kalau mereka bersetuju untuk terus membuat program seperti menghantar bantuan kemanusiaan dengan menggunakan bot atau kapal tertentu atau dengan apa cara sekali pun.
"Ini adalah supaya masalah dan kesengsaraan yang dihadapi rakyat Palestin di Gaza akan sentiasa dalam perhatian masyarakat dunia," katanya kepada pemberita selepas meraikan enam lagi sukarelawan Malaysia yang terbabit dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dibebaskan tentera Israel pada jamuan makan tengah hari di kediamannya di Langgak Duta di sini, hari ini.
Mereka ialah Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, ketiga-tiganya daripada Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria, dan Halim Mohamed dan Mohd Jufri Judin, kedua-duanya daripada TV3.

Mereka yang menaiki kapal MV Rachel Corrie ditahan selepas tentera Israel menawan kapal itu dan membawanya ke Pelabuhan Ashdod. Mereka kemudian dibebaskan di Jambatan Raja Hussein di sempadan Israel-Jordan dan pulang ke tanah air malam tadi.

Najib berkata, misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin telah membuka mata masyarakat dunia tentang kekejaman rejim Zionis di Israel yang bertindak menghalang pasukan misi bantuan itu di perairan antarabangsa.

"Kita dapat lihat sekarang ini, betapa perubahan dari segi pendapat dunia, yang sudah pun memihak kepada rakyat Palestin dan rata-rata kerajaan Israel dikutuk oleh masyarakat antarabangsa," katanya. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Penasihat Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Datuk Mukhriz Mahathir; Menteri Luar, Datuk Anifah Aman; dan Menteri di Jab
atan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Sementara itu, Mukhriz berkata PGPO kini dalam usaha untuk mendapatkan semula kapal yang terbabit dalam misi kemanusiaan itu, termasuk kapal MV Rachel Corrie yang mungkin boleh digunakan semula untuk meneruskan misi bantuan kemanusiaan pada masa depan.

"Kalau boleh kita hendak kapal-kapal kita balik, Changer 1 dan 2 dan juga Rachel Corrie sebab itu telah dibayar. Sekarang ini, usahanya ialah untuk kerajaan
Turki dan Jordan membantu membebaskan kapal-kapal kita," katanya.

Mengenai rancangan terbaru PGPO, Mukhriz berkata pertubuhan itu akan cuba membantu rancangan bekas Ahli Parlimen Britain, George Galore, yang mempunyai hubungan rapat dengan Gaza untuk menghantar 60 kapal misi bantuan kemanusiaan ke sana.

Beliau turut mengalu-alukan sokongan kerajaan Malaysia yang disifatkan sebagai perangsang kepada sukarelawan negara untuk meneruskan rancangan penghantaran misi bantuan ke Gaza itu. - BERNAMA

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:05 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for Najib sokong NGO teruskan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza

  1. SALAM YB,

    1) DENGAN SEGALA HORMATNYA SAYA MINTA YB 'STEP DOWN' AS KETUA PENERANGAN UMNO.

    2) YB TELAH SAMA SEKALI GAGAL MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN BERKESAN SBG KETUA PENERANGAN UMNO

    3) YB HANYA MENAIKKAN IMEJ YB DENGAN SEDIKIT SEKALI MELUANGKAN MASA DENGAN PEMUDA UMNO SELURUH MALAYSIA.

    4) MOHON JASA BAIK HULURKAN SURAT PERLETAKAN JAWATAN KEPADA YAB PRESIDEN UMNO SECEPAT MUNGKIN.

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]