APMM Mahu Tarik Minat Pelatih PLKN


APMM Mahu Tarik Minat Pelatih PLKN
KUANTAN, 2 Julai (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan memberi tumpuan mengadakan sesi penerangan kerjaya di kem-kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi menarik minat pelatih khususnya bukan Melayu menyertai agensi itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata pendekatan itu diharap membuahkan hasil yang baik kerana PLKN mempunyai ramai pelatih terdiri daripada pelbagai bangsa.

Katanya kaum bukan Melayu pada masa ini masih kurang berminat menyertai agensi itu dengan hanya seorang kaum India dan tiga Cina daripada 241 pegawai berpangkat Leftenan Maritim dan Leftenan Muda Maritim yang dilantik bagi mengisi pelbagai jawatan di APMM sejak 2007.

"Tanggungjawab menjaga keselamatan negara sewajarnya dipikul oleh pelbagai kaum di negara ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perbarisan tamat latihan pelatih pegawai APMM siri 3/2009 di Pusat Latihan APMM Indera Mahkota di sini, pada Jumaat.

Seramai 95 pelatih termasuk lima wanita dengan 52 berpangkat Leftenan Muda dan 43 Leftenan Muda Maritim berjaya menamatkan latihan selama sembilan bulan.

Ahmad berkata kerjaya sebagai pegawai APMM turut menjanjikan pendapatan lumayan dengan pegawai berpangkat Leftenan Maritim diberikan gaji dan elaun melebihi RM3,000 sebulan.

Sementara itu, beliau berkata fasa pertama pembinaan Pusat Latihan Maritim di Sungai Ular, Gebeng dekat sini dijangka siap pada hujung Januari tahun depan manakala fasa kedua pula pada Mei tahun sama.

Katanya pusat latihan yang menelan kos RM287 juta itu mampu memuatkan 900 pelatih dalam satu masa dengan kemudahan akademi latihan, pusat pentadbiran dan asrama.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata APMM berjaya menangani 2,534 kes termasuk menahan pendatang asing tanpa izin, penyeludupan dan pelbagai kesalahan melibatkan tiada lesen, permit serta dokumen lain.

Katanya sebanyak 25,851 kapal dan bot yang memasuki zon maritim Malaysia diperiksa sejak 2006.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:47 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

2 comments for APMM Mahu Tarik Minat Pelatih PLKN

  1. Ir. MALAYSIAN 2020

    Agensi PenguatKuasaan Maritim Malaysia.
    ------------------------------------------

    Pusat latihan yang menelan kos RM287 juta itu mampu memuatkan 900 pelatih dalam satu masa dengan kemudahan akademi latihan, pusat pentadbiran dan asrama.

    Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata APMM berjaya menangani 2,534 kes termasuk menahan pendatang asing tanpa izin, penyeludupan dan pelbagai kesalahan melibatkan tiada lesen, permit serta dokumen lain.

    Katanya sebanyak 25,851 kapal dan bot yang memasuki zon maritim Malaysia diperiksa sejak 2006.-Kenyataan YB Hj AHMAD MASLAN.

    SELAMA INI,APAKAH KERBERKESANAN APMM DIDALAM MENANGANI KESELAMATAN,PENCEROBOHAN &LAIN2 ISU SAPERTI PENCEMARAN KAWASAN MARITIM KITA,LEBIH2 LAGI DI SELAT MELAKA???

    SEJAK 2006,LEBIH 25,000 KAPAL MEMASUKKI ZON MARITIM KITA DAN KALAU 20000 MELALUI SELAT MELAKA,TIDAK BOLIH KAH MALAYSIA MENGENAKAN CAS LALUAN(saperti TOLL)KEPADA KAPAL2 DAGANG YANG MELALUI SELAT MELAKA???
    KALAU KITA CAS SATU KAPAL 1000RINGGIT,INI BERMAKNA LEBIH KURANG 10JUTA SETAHUN DAN JIKA KITA AMBIL 40TAHUN YG LALU,DAH 400JUTA
    KITA DAPAT MASHUK....WANG INI BOLIH DIGUNAKAN UNTUK BAIKPULIH SELAT MELAKA DARI
    SEGI ALAM SEKITAR,PEMANTAUAN,PEMBUANGAN MINYAK KOTOR KEDALAM LAUT,MENGAWAL KEGIATAN LANUN LANUN DAN SEBAGAINYA.....

  2. Ya,Betul kata Ir.Malaysian 2020...Negara jiran kita,Singapura SUDAH LAMA BUAT DUIT dengan mengenakan TOLL kpd kapal kapal yang melalui kawasan laut mereka,sambil memujuk kapal2 yang lalu ini melabuh di PORT Singapura mereka, untuk mendapatkan servis perkapalan,maintenance,pembekalan makanan dan AIR(yg dibeli dan disalurkan dari Johor Malaysia dgn harga murah & dijual dgn harga tinggi kpd kapal2 ini)..

    APA YG KERAJAAN KITA BUAT??? LEKA & SIBUK POTONG SUBSIDI KPD RAKYAT AJE......

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]