Ceramah Juara Rakyat diperkenal

Ceramah Juara Rakyat diperkenal

PONTIAN 18 Julai - Biro Penerangan UMNO akan memperkenalkan program baru iaitu 'Ceramah Juara Rakyat' dalam masa terdekat.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pihaknya akan meminta jasa baik daripada menteri, timbalan menteri dan kumpulan penceramah khas UMNO serta Barisan Nasional (BN) untuk turun ke bahagian-bahagian di seluruh negara.

"Kami berharap mereka memenuhi undangan untuk ke bahagian-bahagian UMNO dan ceramah ini telah dipersetuju pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) baru-baru ini," katanya semasa ditemui pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pontian di sini semalam.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, program tersebut bertujuan memberikan penerangan mengenai dasar dan isu semasa.

"Ceramah tersebut boleh diadakan pada waktu malam bagi memberikan lebih banyak peluang kepada orang ramai untuk mengikutinya bukan sahaja dalam kalangan ahli UMNO tetapi juga ahli-ahli parti komponen BN," katanya.

Menurutnya, para penceramah juga bukan hanya pemimpin UMNO tetapi melibatkan pemimpin BN yang bersesuaian dengan konsep Program Juara Rakyat membabitkan semua kaum di negara ini.

Beliau berkata, lokasi atau tempat yang dicadangkan penganjurannya adalah di kawasan yang mempunyai peti undi yang ramai supaya dapat ditingkatkan sokongan kepada BN.

Justeru, beliau meminta semua pemimpin UMNO bahagian menyusun program setelah menerima arahan daripada MT mengenai program tersebut di tempat masing-masing dan parti komponen BN turut diminta memberikan sokongan dengan menggalakkan ahli-ahlinya menghadiri ceramah tersebut.

Mengenai mesyuarat perwakilan UMNO bahagian-bahagian yang selesai minggu ini, Ahmad berkata, ia berlangsung dengan lancar.

Menurutnya, mesyuarat perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNo juga berjalan lancar dan para pemimpin yang merasmikannya banyak memberi penerangan mengenai isu dan dasar semasa kerajaan.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 2:36 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Ceramah Juara Rakyat diperkenal

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]