Felda tuntut ganti rugi RM200 juta dari PKR


Felda tuntut ganti rugi RM200 juta dari PKR

KUALA LUMPUR 1 Julai - Felda hari ini menuntut ganti rugi RM200 juta serta permohonan maaf daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) ekoran laporan akhbar miliknya, Suara Keadilan yang mendakwa Felda telah bankrap.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, notis itu turut dihantar kepada Syarikat Pelita Koridor Sdn. Bhd. yang menerbitkan akhbar tersebut serta Syarikat Percetakan NPK Sdn. Bhd. sebagai pencetak.
"Notis kandungan itu antara lain menuntut ganti rugi atas kerosakan reputasi Felda disebabkan tuduhan bahawa Felda bankrap yang terkandung di dalam akhbar Suara Keadilan bertarikh 22 hingga 29 Jun lalu," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Ahmad berkata, pihak berkenaan diberi masa tujuh hari untuk membayar ganti rugi berkenaan dan membuat permohonan maaf kepada Felda.
"Jika pihak berkenaan gagal memenuhi arahan itu, maka, peguam Felda akan meneruskan tindakan perundangan yang selanjutnya," katanya.
Beliau berkata, jumlah ganti rugi yang dinyatakan tidak melambangkan kerugian reputasi yang tidak ternilai yang dialami Felda.
"Namun, ia merupakan satu angka tertentu yang telah diputuskan dan merupakan ganti rugi wajar," katanya.
Felda diwakili peguam Tetuan Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:37 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

2 comments for Felda tuntut ganti rugi RM200 juta dari PKR

  1. IR. MALAYSIAN 2020

    Tak Guna,UMNO over react diatas kes FELDA..
    Kalau dah HILANG hampir 3BILLION ringgit (iaitu 3000 JUTA),jangan nak cover up dengan nak saman Suara Keadilan sebagai scapegoat untuk menutup BANGKAI GAJAH serta berPOLITIKkan ISU kehilangan wang FELDA..!!!Saperti kata PM,baru2 ini;

    Datuk Seri Najib Tun Razak has outlined four important factors that influence the attitude of the people on Umno and their aspirations for the party in championing their cause.

    He said the first factor was whether the people were satisfied with the leadership at the national, state, divisional and branch levels with regard to the programmes implemented.

    Najib, who is also the Umno president, said the implementation of policies and the decisions made would be taken by the people as a yardstick in improving service to the local community.

    "The second factor is how the state leadership manages land applications, whether the land is to be opened up, housing matters and other issues which are related to the leadership at the state level," he said in his winding up speech at delegates meeting of the Pekan Umno division, here Sunday.

    He said the third factor was the party leadership at the grassroots, branch and divisional levels which would be assessed by the people in terms of their management and whether the people were satisfied, like the evaluation made at the national level.

    The 4th factor was the role played by the elected representatives, whether they fulfilled the aspirations of the people, he said.

    Najib said a political tsunami would occur if these four factors turned out to be negative factors where the people were dissatisfied with the leadership at the national, state, party and constituency levels.

    "Thus, I call on all party leaders, whether at the grassroots or divisional levels, to discharge their responsibilities in the interest of the rakyat," he said.

    He also urged all branches and divisions to simplify the registration of new members wishing to join Umno to demonstrate that the party was prepared to provide assistance and adopted an open attitude in whatever matters that concerned the rakyat.

    The party president said registration of members could not be done seasonally but should be carried out continuously by organising various activities that would benefit and attract the interest of the people to join Umno.

    Ambillah PENGAJARAN,JGN nak NAFI,tapi AKUI lah KEBENARAN demi KEPENTINGAN RAKYAT...,
    jika tidak apabila PRU 13,BN/UMNO akan kecundang diatas kesilapan sendiri....!!!

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]