Menara Felda Bakal Beri Pulangan Kewangan Dan Sosial

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Pembinaan Menara Felda merupakan pelaburan jangka panjang yang bakal memberi pulangan bukan sahaja dari aspek kewangan malah dari aspek sosial.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata menara yang dibina di Jalan Tun Razak berhadapan Menara Kembar Petronas (KLCC) itu telah mula membawa keuntungan kepada Felda walaupun belum siap sepenuhnya.

"Masa kita beli pada tahun 2008, kita beli dengan harga RM930 sekaki persegi. Sekarang dah meningkat kepada RM1,400 hingga RM1,500 sekaki persegi. Dari segi pelaburan, ia tepat kerana berada dalam segi tiga emas. Aset ini takkan turun harganya," katanya dalam rancangan Hello Malaysia terbitan Bernama TV di sini.

Beliau berkata pembinaan menara itu akan turut membuka peluang pekerjaan kepada generasi muda terutamanya anak-anak Felda.

"Generasi baru boleh kerja di situ. Kita nak anak peneroka uruskan Felda dari semasa ke semasa. Mereka boleh berada di situ, kerja di situ dan jadi lambang usaha kita membasmi kemiskinan," katanya lagi ketika menjawab soalan seorang pemanggil tentang keperluan pembinaan menara tersebut.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:55 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Menara Felda Bakal Beri Pulangan Kewangan Dan Sosial

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]