RM700j Felda jadi pengeluar makanan

RM700j Felda jadi pengeluar makanan

PADANG BESAR 25 Julai – Kerajaan memperuntukkan RM700 juta untuk menjadikan Felda sebagai pengeluar makanan utama negara secara berperingkat-peringkat mulai 2011.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, peruntukan yang bersifat modal pusingan itu diluluskan oleh Kabinet baru-baru ini.

Katanya, peruntukan tersebut akan disalurkan terus kepada Felda dari semasa ke semasa dalam usaha menjadikan setiap kawasan Felda di seluruh negara memiliki komoditi keluaran masing-masing.

Menurut beliau, ia bertujuan menjadikan Felda sebagai gedung makanan negara untuk memenuhi permintaan pasaran semasa tempatan.

“Kerajaan juga meletakkan sasaran agar Felda boleh menjadi pengeluar pelbagai makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan produk industri hiliran yang berasas buah-buahan dan sayur-sayuran.

“Selain itu, kerajaan mahu Felda menjadi pembekal utama untuk hasil ternakan seperti daging lembu, ayam dan lain-lain ternakan seperti kambing bagi memenuhi permintaan pengguna, berbanding sekarang yang lebih banyak bergantung kepada bekalan import,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010 Wilayah Alor Setar di Felda Rimba Mas di sini hari ini.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:00 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for RM700j Felda jadi pengeluar makanan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]