55 masjid Pontian terima sumbangan

PONTIAN 15 Ogos - Sebanyak 55 masjid di daerah ini menerima sumbangan barangan makanan dan minuman untuk berbuka puasa dan moreh anjuran masjid-masjid sepanjang Ramadan ini. Ia disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian di Masjid Jamek Temenggung Daeng Abdul Rahman pada programSinggah Sahur TV3 di Kampung Permatang Duku, Benut di sini semalam. Setiap masjid menerima sumbangan seperti buah kurma, gula, kopi, biskut, teh, beras dan sebagainya. Turut hadir Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Johan Jaafar; Pegawai Tadbir Agama Daerah Pontian, Fauzi Bachok dan Penolong Pegawai Daerah Pontian, Joharuddin Samion. Dalam ucapan ringkasnya, Ahmad meminta masyarakat Islam menghargai pembinaan masjid dan surau yang dibina dengan kos yang tinggi bagi memenuhi keperluan mereka beribadat. Katanya, ada sesetengah penduduk terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan sebuah masjid yang baru bagi menggantikan masjid yang lama dan uzur daripada kerajaan. Menurutnya, ini memandangkan kos pembinaan masjid baru kini berharga di antara RM1.3 juta hingga RM1.5 juta oleh kerajaan negeri dan pusat. "Sebuah surau baru dianggar memerlukan perbelanjaan di antara RM150,000 hingga RM200,000," ujar beliau. Ahmad menambah, walaupun memerlukan perbelanjaan besar, kerajaan sentiasa berusaha memenuhi permintaan penduduk termasuk di kawasan taman perumahan.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:45 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for 55 masjid Pontian terima sumbangan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]