Bayar cukai RM1,303j bukti Felda tidak bankrap – Ahmad Maslan

Bayar cukai RM1,303j bukti Felda tidak bankrap – Ahmad Maslan

26/07/2010 2:41pm
KUALA LUMPUR 26 Julai – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah membayar cukai berjumlah RM1,303 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tempoh empat tahun bermula 2004, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, pengumuman data yang pertama kali dibuat itu bertujuan menepis isu Felda bankrap yang masih dimainkan pembangkang.

"Data ini adalah kali pertama diumumkan. Tujuan diumumkan adalah untuk membuktikan dakwaan bahawa Felda bankrap adalah tidak benar.

"Ini (cukai) adalah usaha Felda untuk membantu kerajaan dan rakyat. Cukai ini boleh digunakan kerajaan untuk membantu rakyat secara keseluruhan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pengurus Felda dan Pelancaran Manual Pengurusan Rancangan (MPR) Felda di Dewan Perdana Felda, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab dan Presiden Kumpulan Felda Global Venture Holdings (FGVH), Datuk Sabri Ahmad.

Ahmad berkata, jumlah RM1,303 juta cukai yang dibayar kepada kerajaan itu membuktikan bahawa Felda adalah sebuah organisasi yang cukup stabil dari segi kewangan.

"Jika organisasi (telah) bankrap bagaimana ia boleh membayar cukai dengan jumlah bayaran yang begitu tinggi. Ini menunjukkan Felda adalah organisasi yang stabil,” katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 12:23 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Bayar cukai RM1,303j bukti Felda tidak bankrap – Ahmad Maslan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]