Keadilan dlm kepelbagaian:

Keadilan dlm kepelbagaian:
Bumiputera di negara ini 67%.. Bukan bumi 33% (Cina 24.7%).. Kita akan terus memberi keadilan kepada semua.. Jangan ambil hak org lain.. Teruslah berniaga & berusaha menjadi professional dlm pelbagai bidang.. Tak cukup di negara ini, export produk & perkhidmatan ke seluruh dunia.. Pada ketika yg sama, org miskin tanpa mengira kaum termasuk petani, penoreh, nelayan, India di estet, 28 suku kaum di Sarawak & 35 suku kaum di Sabah, Cina yg miskin akan terus dibantu.. Pemilikan hartanah di bandar utk Bumiputera baru 15%.. Tentunya dlm negara M'sia, bandar bukan milik sesuatu kaum.. Org Cina teruslah berniaga, tapi org Melayu juga perlu dibantu utk berniaga.. Ramai Org Cina kini tinggal di rumah gated community, eloklah kerana mereka berusaha.. Maka anak2 org Melayu dan India, ayah bekerja buruh atau staff rendah yg tinggal di rumah pangsa melihat dari tingkap bilik kecil mereka yg sempit berkongsi adik beradik dari tingkat 6, merenung ke kws banglo besar kws berpagar itu juga suatu masa akan memiliki banglo begitu.. Tanpa pelbagai bantuan atas kelayakan seperti mereka pandai belajar dapat biasiswa, maka mereka tidak akan berjaya ke luar negara atau universiti dlm negara..Anak petani, nelayan, penoreh, pekebun, penjaja kecil perlu dibantu utk jadi professional agar membantu keluarga mereka yg miskin.. Saya secara peribadi komited utk meneruskan dasar seumpama ini kerana saya adalah anak penoreh getah yg kpg saya tahun 1996 (bukan 1966 seperti di pekan atau 1956 di bandar) baru ada kemudahan asas api, letrik, jalan berturap & air paip.. Saya diberi biasiswa dapat belajar di Victoria University New Zealand tahun 1987, dan dgn duit sendiri ambil MBA di UKM tahun 2002.. Isteri saya org Sarawak & saya memahami keadaan hidup di sana.. Saya pernah bekerja 7 tahun di Kelantan dgn Dato Sri Mustapa Mohamed & mengerti aspirasi PAS & org di Jeli yg lebih 60% penoreh getah.. Namun saya ada kenalan org Cina & memahami mereka juga rakyat di negara ini, perlukan penghargaan atas usaha mereka membina ekonomi negara.. Tkasih kita ucapkan.. Dlm Gagasan 1M'sia, PM sebut org Melayu, Cina, India dan yg lain perlu menganggap satu sama lain adalah kawan & bukan lawan, anggap sbg aset bukan liabiliti.. Kepelbagaian adalah kekuatan.. Oleh itu teruslah memberi keadilan dlm kepelbagaian itu.. Mudah2an kita akan terus harmoni, aman & makmur.. Salam Ramadhan

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 7:01 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for Keadilan dlm kepelbagaian:

  1. Saya setuju pandangan YB Datuk. Ini contoh orang yang bersyukur...

    Kepelbagaian kadangkala menhasilkan kekuatan, kepelbagaian juga kadangkala menjadikan perbezaan/ permusuhan!

    Setiap kita ada peranan dan tanggungjawab. Terima kasih kerana berpesan-pesan kepada kebenaran / kesabaran..... YB Datuk.

    Moga Allah lindungi Malaysia yang kita cintai ini..!

    -Haryaty Hamdzah, Kpenerangan Puteri Melaka

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]