Mangsa kebakaran bakal terima rumah baru
12:52 PM
PONTIAN 22 Ogos - Nasib malang yang menimpa keluarga Asmah Othman, 65, ekoran rumahnya musnah dalam kebakaran baru-baru ini mendapat perhatian pelbagai pihak.
Terbaru, Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) berjanji akan membina rumah baru dengan kos RM33,000 bagi keluarga tersebut.
Khabar gembira itu disampaikan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika melawat keluarga mangsa yang tinggal sementara di dewan Surau Kampung Parit Makuasang, Benut semalam selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran 15 Ogos lalu.
Ahmad berkata, keluarga seramai sembilan orang itu amat memerlukan sebuah rumah baru bagi membolehkan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan selesa yang bakal menjelang tidak lama lagi.
"Kita berharap, MAINJ dapat memberi pertimbangan dan perhatian mengenai permohonan ini memandangkan Asmah seorang ibu tunggal yang mempunyai keluarga besar apatah lagi pada Ramadan ini ketika umat Islam membuat persiapan bagi menyambut Hari Lebaran," katanya yang turut menyumbangkan RM1,000 kepada keluarga tersebut.
Bagi menjimatkan kos pembinaan, beliau akan meminta kerjasama Kolej Kemahiran Belia Nasional (KKBN) Pontian bagi membina rumah tersebut.
"Sebelum ini, para pelatih kolej tersebut juga telah membina beberapa rumah yang terlibat dengan kejadian kebakaran dan bahan-bahan binaan disediakan oleh kerajaan," katanya.
Sementara itu, pada satu majlis berasingan, Ahmad turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada golongan kurang bernasib baik di Masjid Jamek Al-Faizin, Kampung Parit Semerah.
Penerima bantuan sumbangan Badan Amal Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan Biro Tatanegara itu terdiri daripada 45 murid, 133 ibu tunggal dan warga emas yang menerima basikal, hamper dan wang tunai.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 12:52 PM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0