Rosmah Lancar Program Dana Wang Saku

Rosmah Lancar Program Dana Wang Saku

SHAH ALAM, 20 Ogos (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Jumaat melancarkan Program Dana Wang Saku (PDWS) anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi membantu perbelanjaan harian golongan pelajar miskin pintar meneruskan persekolahan mereka.

Rosmah berkata program yang julung kali diadakan GPMS adalah satu langkah terpuji kerana ia melibatkan usaha untuk membangunkan modal insan negara yang perlu dibimbing dan diberikan bantuan.

"Golongan pelajar miskin yang cemerlang dalam pendidikan adalah aset terpenting dalam membentuk kemajuan bangsa dan merupakan pewaris generasi negara pada masa depan," katanya ketika berucap melancarkan PDWS di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dekat sini.

Turut hadir dua Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Ir. Sahol Hamid Abu Bakar serta Presiden GPMS, Jais Abdul Karim.

PDWS adalah program pembangunan sosial yang diilhamkan oleh GPMS Kedah untuk membantu pelajar golongan miskin dan kurang berkemampuan untuk menanggung perbelanjaan harian persekolahan mereka.

Program perintis yang dimulakan di Kedah dan bakal diperluaskan ke seluruh negara itu turut melibatkan kerjasama serta bantuan agensi kerajaan dan badan korporat itu akan menanggung perbelanjaan persekolahan pelajar-pelajar miskin yang layak sebanyak RM50 sebulan bagi pelajar sekolah menengah dan RM30 sebulan untuk pelajar sekolah rendah.

Rosmah turut menyarankan agar GPMS menggerakkan aktiviti mereka dengan melibatkan secara aktif lebih ramai guru-guru muda berusia di bawah 35 tahun untuk merancakkan lagi agenda pembangunan pendidikan ke seluruh lapisan masyarakat.

Dalam majlis itu, Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) turut menerima watikah daripada GPMS dan dimasyhurkan dengan gelaran sebagai 'Ibu Pendidikan Negara' oleh pertubuhan pelajar Melayu itu.

Gelaran itu diberikan sebagai penghargaan GPMS kepada Rosmah atas peranannya yang banyak membantu kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bidang pendidikan termasuk dari segi kebajikan serta pendidikan awal kanak-kanak seperti program Permata Negara.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 7:05 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for Rosmah Lancar Program Dana Wang Saku

  1. maaaf dato. saya ingin berikan pendapat. blog dato ni ok. tetapi kami diluar ni bukan nak tengok gambar dato dok rasmi sana sini tetapi yang penting view dan pandangan dato dalam isu semasa. ini mustahak sebagai ketua penerangan umno dan meneteri di JPM. setakat yang dato tulis dan papar dalam blog sekarang, dalam paper dah kami lihat. jadi perbaikinya.

    diluar ini pengundinya lebih inteligen. banyak dan jauh lebih ramai inteligennya dari pak menteri. apa lagi tim, , menteri. jadi berubahlah. buat blog yang lebih akedemik dan ikut keperluan semasa.

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]