Ahmad Maslan dakwa peneroka dihasut saman Felda

Ahmad Maslan dakwa peneroka dihasut saman Felda

ALOR GAJAH 27 Sept. - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mendakwa, ada pihak yang kini menghasut peneroka Felda supaya mengambil tindakan saman di mahkamah berhubung isu manipulasi perahan buah kelapa sawit.

Beliau mendakwa, isu peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan yang memenangi kes terhadap Felda baru-baru ini telah dijadikan kes rujukan oleh pihak tertentu untuk menghasut peneroka-peneroka Felda lain untuk mengambil tindakan yang sama.

"Saya nak maklumkan berhubung kes saman (peneroka ) Felda Kemahang 3 itu bukan satu kes rujukan kerana kali ini, Felda akan lebih bersedia dalam menghadapi kes-kes saman,” katanya.

Dalam kes tersebut, 354 peneroka Felda Kemahang menerima RM11 juta daripada Felda kerana manipulasi gred buah kelapa sawit.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 26 Ogos lepas yang menolak permohonan Felda yang dibuat oleh panel lain pada 19 Januari lalu yang menafikan kebenaran rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Pada 13 Januari 2008, Mahkamah Tinggi itu telah memerintahkan supaya Felda membayar RM7.8 juta ganti rugi dan faedah kepada peneroka apabila peguam agensi tersebut gagal hadir di mahkamah semasa saman berkenaan didengar.

Mahkamah membuat keputusan memihak kepada peneroka selepas menerima keterangan tiga saksi.

Ahmad berkata, agensi itu memikul amanah besar untuk membina dan membantu para peneroka.

"Kita mempunyai pakar daripada jawatankuasa teknikal kemajuan rancangan sehingga jawatankuasa perunding peneroka di peringkat Wilayah dan Ibu Pejabat untuk meneliti isu perahan dan gred buah kelapa sawit ini,” katanya.

Beliau juga berkata, Felda akan memanggil semua pengurus dan pemimpinnya di seluruh negara dalam masa terdekat bagi menghadiri satu penerangan mengenai isu-isu yang membabitkan Felda. - Bernama

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 8:37 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Ahmad Maslan dakwa peneroka dihasut saman Felda

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]