Heret segera Namewee ke mahkamah - Ahmad Maslan

KULAIJAYA, 31 Ogos (Bernama) — Wee Meng Chee atau “Namewee” perlu diheret ke mahkamah secepat mungkin kerana tindakannya menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman, kata Datuk Ahmad Maslan.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan UMNO berkata, tindakan pemuda itu yang berasal dari Muar menunjukkan beliau buta sejarah negara ini.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ceria Bubur Lambuk 1Malaysia di sini hari ini, Ahmad berkata, tindakan terhadap Namewee perlu disegerakan sebagaimana tindakan pantas kerajaan mengheret mereka yang bertanggungjawab di dalam beberapa isu perkauman baru-baru ini.
Ditanya mengenai cadangan sesetengah pihak supaya kerakyatan Namewee itu dilucutkan, Ahmad berkata, soal hukuman terserah kepada mahkamah.
Katanya, klip video perkauman oleh Namewee itu yang tersiar di You Tube, membuktikan betapa pentingnya pengajaran sejarah negara di sekolah-sekolah dipertingkatkan.
Beliau berkata, kaedah pengajarannya juga perlu dilakukan dengan lebih kreatif dan selari dengan perkembangan dunia kini, supaya ia lebih menarik generasi muda.
Ahmad turut menyarankan supaya lebih banyak buku yang menyentuh tentang sejarah negara diterbitkan. - Bernama

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:40 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

4 comments for Heret segera Namewee ke mahkamah - Ahmad Maslan

  1. dato, minta dato kerismudin ambil tindakan pada budak ni

  2. Datuk, harap tnb juga ambil tindakan yg sama jgn berat sebelah kadang kadang org kita ni jugak nak test water rupanya org kita juga yg kena dari namewee..malang sungguh.

    Datuk, diharap datuk boleh berbincang dgn PM, perihal lambakan warga asing yg byk menyusahkan dan jenayah makin tinggi. Yg kesian kesian pd mereka, sampai bila kita hendak berlembut lg, sabar ada had tp kalau dah boleh lempar telur masin ni kan esok lusa mcm nak turun bakar baling najis pulak kat embassy indon. Padan dgn org melayu, sekolah SRP pun tak lepas berangan tinggi, pastu merempit, bersosial lebih terror dr kaum india kaum cina, tak jatuh airmuka atau g/f pandand rendah kalau kerja bina bangunan pun, sekurang2nya bangga setiap tiang atau besi yg kita pacak itulah hasil kerja kita. Susah K'jaan tolong bagi muka lebih sgt, mau kaum lain tak panas hati.

    Entahlah, datuk sbg Ketua Penerangan UMNO perlu bawa perkara remeh temeh ini ke hadapan, byk lagi warga asing yg negara mereka lagi daif boleh kita tolong, mungkin dari negara palestine yg tahu soal binaan? Kemasukan warga asing perlu lebih ketat serta wajib bagi menolak jika mereka ini ada rekod jenayah. Bebas jenayah, kita boleh beri visa serta permit bekerja.

    Harap lepas Hariraya nanti semua pihak berwajib segeralah buat operasi BERSIH PATI, PEMGEMIS ASING, PENIAGA HARAM secepat mungkin hantar pulang tanpa menyimpan mereka ini diDEPOT lama2. Nanti k'jaan prihatin pula nak bina DEPOT baru dan beri makan percuma. Kita perlu ingat di Aussie warga indon sanggup riot bakar DEPOT sehingga menyampah rakyat Aussie sendiri mahu nyahkan mereka ni sbb jenayah meningkat.

  3. Thursday, September 2, 2010Bukti Adun Komtar DAP rasis & halang peniaga Melayu




    Masih ingatkah anda 3 orang peniaga Melayu yang ingin berniaga di Bazaar Ramadan di Chowrasta ? Mereka ini dianiayai oleh YB Adun Komtar yang chauvinist ini tetapi akhirnya telah dibenarkan berniaga selepas campur tangan TKM 1 YB Datuk Mansor Othman .

    GEORGETOWN 14 Ogos - Tiga orang peniaga di Bazar Chowrasta, Jalan Penang di sini dibenarkan berniaga semula selepas lesen perniagaan mereka dibatalkan di saat akhir ketika peniaga lain mula berniaga pada hari pertama Ramadan.
    Aminul Haque Nazir Ahmad, 59, berkata Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman, telah memaklumkannya secara lisan bahawa beliau dan dua rakannya, Zainal Abidin Mydin, 44, dan Shairu Banu Abdul Latif, 48, boleh memulakan perniagaan dan lesen mereka akan dikeluarkan Isnin ini.

    “Saya terima panggilan telefon dari Mansor pada 11 pagi tadi yang mengatakan kami boleh berniaga. Sebelum ini seorang ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah membelakangkan Mansor dan membatalkan lesen kami,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Aminul Haque mendakwa pembatalan lesen perniagaannya bersama rakannya ada kaitan dengan insiden tahun lalu apabila berlaku kekecohan ketika MPPP cuba menghalau peniaga daripada berniaga di situ.

    Katanya, peniaga sudah berniaga di sepanjang tepi jalan itu setiap kali Ramadan sejak 24 tahun lalu tetapi mula dilarang semenjak kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pemerintahan pada 2008.

    “Asalnya terdapat kira-kira 70 lot gerai dan jumlahnya semakin berkurangan setiap tahun dan tahun ini hanya 18 lot gerai sahaja yang dibenarkan untuk beroperasi,” katanya.

    Aminul Haque yang telah mengeluarkan modal perniagaan sebanyak RM60,000 hingga RM70,000 juga kesal dengan tindakan ahli majlis berkenaan yang dianggap tidak profesional dan keadaan itu menjejaskan ekonomi mereka yang berniaga hanya sebulan dalam setiap tahun.

    “Sepatutnya MPPP berfungsi sepenuhnya bagi membantu peniaga dan bukan mencampuraduk urusan politik, ini sumber rezeki kami,” katanya.




    Hari ini , rakan bloggger Pisau.net mendedahkan dalang sebenar ( tangan ghaib DAP ) yang cuba menghalang 3 peniaga Melayu ini berniaga. Ia disertakan dengan salinan surat yang merupakan bukti YB Ng Wei Aik mengarahkan agar 3 peniaga melayu dihalang daripada berniaga. Surat yang difakskan adalah dari pejabat Ketua Menteri Paling Celaka Dalam Sejarah Negeri Pulau Pinang







    Lihat lah sendiri sifat chauvinist dan rasis dalam diri seorang YB DAP yang disanjung tinggi sangat oleh juak2 PAS apabila menggunakan KUASA nya sebagai YB mengarahkan Bahagian Perlesenan MPPP membatalkan lesen peniaga Melayu yang ingin mencari rezeki .


    Dendam kesumat oleh Ng Wei terhadap peniaga Melayu terbabit nampak tidak padam walaupun sudah setahun berlalu peristiwa itu . Bila tiba Ramadan tahun ini , beliau menggunakan kuasanya untuk balas dendam terhadap peniaga terbabit dengan menghalang mereka daripada berniaga.


    Jelas sekali sikap Ng Wei menampakkan dirinya tidak menghormati pemimpin Melayu iaitu TKM 1 Datuk Mansor Othman yang cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah peniaga ini . Beliau nampaknya sudah cukup besar kepala sebagai Adun DAP dan Setiausaha Politik Guan Eng dan boleh menggunakan kuasanya suka hati menindas peniaga Melayu yang tidak disukainya .

    LU PIKIRLAH SENDIRI....!!!
    APA JADI KALAU DAP ADA KUASA MEMERINTAH..!!
    HABIS MIM,HABIS PAK...!!!!

  4. HISTORY always teach us something,even though things had happened in the past.
    MALAYSIA should make the subject of HISTORY or SEJARAH MANDATORY like in the USA,where even foreign students has to pass the suject in order to pass the exam, just like we impose a pass in BAHASA MALAYSIA and ENGLISH...!!!(DPM take note!!)


    There is NO question of Malay "fear"with regards to protecting one's interest in the country that one loves!!!If you read back HISTORY,the start of the Malays presence in Peninsula Malaya(or the Golden Peninsula,term by the Hindu Kingdom and the Chinese China,1000AD),was after Parameswara the Prince from Majapahit,Java landed in Muar,Johor in 1399/1400 AD(or earlier 1250?) and later established the Malay Sultanate of Malacca from 1400 to 1511.
    From 1511 to 1951,Malaysia evolved from being ruled by the Portugese(from Portugal),the Dutch(from Holland),the British(from UK).Between the rule of the Dutch and the British,Malaysia was nearly ruled by the French,if not for the deals between the Dutch/British that resulted in the British taking Malaysia and the Dutch taking Indonesia.Then there was a short stint by the Japanese(1942-1945) and the failed attempts by the Communist(1946-1989)....These are HISTORICAL facts,which have already HAPPENED..!

    From 1946 to 1955,the Malays again,rose from their awareness that they have to determine their FUTURE DESTINY,in taking care of Malaya,FOUGHT for Malaya's independence from the British rule.

    Finally between 1955 to 1957,the British agreed,but on condition that the other races,the Chinese and the Indians,BROUGHT in by the British in the late 1890s,(to work in the rubber plantations & tin mines )are to be included in the INDEPENDENCE of Malaya process,whereby there were a few conditions;

    like CITIZENSHIPS of those who were already in Malaya by the year 1955;LANGUAGES;EDUCATION; RELIGIONS and the Malay's SPECIAL RIGHTS and the SULTAN SPECIAL POSITIONs.
    THESE,again were and are HISTORICAL FACTS,some are written,some are mutual understanding at that
    time,some are unwritten understandings...

    So,the MALAYS have to always ASSERT themselves,time and time again to ensure that their INTERESTS
    are ASSURED and PROTECTED,just like what the Chinese NGOs,(Hua Zong,Chinese Chambers of Commerces,etc),the Indian NGOs(Hindraf,Sangam,etc)are doing for their own race..!!!

    WHY,IS IT EVERY TIME THE MALAYS WANT TO BRING UP CERTAIN ISSUES,THEY ARE CALLED RACIST...???
    BEING FEARFUL..?? of WHAT..??? of WANTING to ASSERT their RIGHTS..?? WHAT ABOUT THEIR DEMOCRATIC RIGHTS???
    or you would rather want to see the MALAYS be like the ABO in Australia??or the RED INDIANS in the US
    or the South Americas..??or the Africans in the South Africa during the APARTHEID regime..???..Then you
    DEFINITELY see another AWARENESS rise of the MALAYS,like you see in some parts of the world currently.......THINK DEEPLY AND SINCERELY ABOUT THE MALAY'S FUTURE DESTINY in our BELOVED MALAYSIA...!!!!for PEACE and HARMONY....!!!!!

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]