Jentera negeri digerak secara bersepadu

PONTIAN 23 Sept. - Jentera pentadbiran kerajaan negeri akan digerakkan secara bersepadu bagi melaksanakan dasar dan strategi terkini Kerajaan Pusat seiring dengan keperluan negara pada masa depan.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, ia merupakan satu cabaran besar kepada pihaknya untuk melaksanakan program baru diperkenalkan itu kepada rakyat negara ini.
Katanya, semua pihak perlu bersedia untuk menyahut perubahan tersebut yang diyakini mampu memberi daya saing berterusan bukan sahaja kepada kawasan serantau tetapi di beberapa kuasa ekonomi baru.
Menurutnya, arus perubahan mungkin tidak dapat dilihat sekelip mata, tetapi bagi tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang yang boleh menjamin negara ini terus ke hadapan sebagaimana negara lain.
"Mahu tidak mahu, kita perlu mengikut arus perubahan yang dirancang bagi memastikan kita tidak menjadi sebuah negeri mundur dan ketinggalan dalam pelbagai bidang," katanya pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Bersama Menteri Besar Johor di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini, semalam.
Turut hadir isterinya, Datin Paduka Dr. Jamilah Ariffin; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abd. Latif Yusof dan Pegawai Daerah Pontian, Mohamed A. Karim.
Hadir sama, Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Wee Jeck Seng; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad; ADUN Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong; ADUN Kukup, Datuk Md. Othman Yusof dan ADUN Pekan Nanas, Tang Nai Soon.
Kira-kira 1,000 tetamu daripada pelbagai kaum menghadiri majlis tersebut yang merupakan pendekatan terbaru kerajaan negeri bagi sambutan hari raya dengan melibatkan kedua-dua kawasan Parlimen, iaitu Pontian dan Tanjung Piai.
Mengulas lanjut, Abdul Ghani berkata, antara agenda dan dasar terkini ialah program 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Program Transformasi Kerajaan , Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Beliau berkata, selain peranan jentera kerajaan, semua pihak perlu beri sokongan dalam menjayakan dasar serta strategi yang mampu melonjakkan negara ini sebagai negara maju.
"Syarat perubahan perlu diberi perhatian ialah memelihara kestabilan politik yang merupakan kunci utama kepada kesejahteraan sesebuah masyarakat majmuk," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:11 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Jentera negeri digerak secara bersepadu

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]