PROGRAM JUARA RAKYAT SABAH
11:28 PM
Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Sabah dirasmikan oleh YAB PM.. Dihadiri hampir 50 ribu rakyat Sabah pelbagai kaum.. ini adalah Program Juara Rakyat terbesar setakat ini.. 6 negeri telah melancarkan pada peringkat negeri iaitu Kebangsaan di Selangor, Kedah, Perak, Kelantan, Wilayah & Sabah.. sementara itu, Program Juara Rakyat di 191 bhg2 seluruh negara terus berjalan walaupun belum dilancar peringkat negeri.. PM juga amat gembira dengan kehadiran begitu ramai.. Ia menjadi dalil sokongan kpd UMNO & BN kata beliau.. Selain pameran pelbagai agensi, Penerangan UMNO Sabah melancarkan Buletin Juara Rakyat yang juga dirasmi oleh PM.. Sambutan Hari Raya & pelancaran susu utk sekolah rendah dengan lambang 1Malaysia juga diadakan.. PM umum peruntukan RM6.2billion untuk pelbagai prasarana Sabah bagi tahun 2011/2012.. Beliau sebut yang BN Sabah akan terus mantap sebagai simpanan tetap / 'fixed deposit' & harap pimpinan UMNO & BN sentiasa berada di atas padang perjuangan mendekati & menjuarai kehidupan rakyat sesuai dengan konsep BN sebagai parti Juara Rakyat yang telah terbukti kejayaannya.
Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 11:28 PM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0