Daging korban ditinkan ke Palestin?

Daging korban ditinkan ke Palestin?


Ahmad Maslan melihat daging korban selepas majlis pelancaran program korban peringkat Masjid Negara 2010 di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 18 Nov. - Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mencadangkan supaya daging korban ditinkan bagi membolehkan ia dihantar ke luar negara.

Katanya, semangat korban bukan untuk diri sendiri semata-mata sebaliknya ia harus dikongsi bersama untuk kebaikan masyarakat, agama, bangsa dan negara.

"Saya baru dapat tahu bahawa daging korban boleh ditinkan dan jika ia dilaksanakan, kita boleh menghantar ke luar negara untuk dinikmati umat Islam seperti di Palestin," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis korban 73 ekor lembu di perkarangan Masjid Negara di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Salleh Yusuf dan Tan Sri Abdul Aziz Shamsudin.

Pada majlis itu, sebanyak 73 ekor lembu hasil sumbangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Yayasan Felda; Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim dan Abdul Aziz dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Daripada jumlah itu, 10 ekor lembu dikorbankan di situ dan diagihkan kepada anak yatim, ibu tunggal dan pertubuhan kebajikan manakala 63 ekor lagi diserahkan kepada masjid dan surau berhampiran.

Ahmad berkata, ibadat korban yang dilakukan saban tahun bukannya sekadar aktiviti penyembelihan lembu semata-mata sebaliknya boleh ditafsir dalam pengertian yang lebih meluas.

Dalam pada itu, Ahmad memberitahu, Masjid Negara akan turut dijadikan sebagai pusat pengumpulan daging korban sebelum diagihkan ke seluruh Wilayah Persekutuan.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 4:31 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Daging korban ditinkan ke Palestin?

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]