Bayaran insentif produktiviti Felda RM100.9 juta menunjukkan bahawa:









Bayaran insentif produktiviti Felda RM100.9 juta menunjukkan bahawa:
1. Kewangan Felda adalah kukuh, jauh daripada tuduhan bangkrap
2. Felda sentiasa laksana tanggung jawab sosial CSR kepada peneroka
3. Peranan peneroka dalam membantu ekonomi negara adalah dihargai
4. PM selaku Menteri Felda sentiasa melaksana dasar terbaik untuk peneroka.
Insentif dibayar dari kewangan Felda sendiri melalui keuntungan khasnya dari Felda Plantations.. Ini adalah 1 daripada banyak usaha untuk menafaat warga Felda & generasinya.. Sejak DS Najib menjaga Felda, lebih 100 pembaharuan untuk kebaikan warga Felda dilaksana mengguna keuntungan usaha ladang milik Felda.. Kita simpan sebahagian wang, tapi banyak kita pulangkan kembali kepada warga Felda & generasinya.. Selain itu, sebahagian keuntungan juga diguna untuk pelaburan pelbagai bagi memastikan Felda terus menjadi agensi yang berjaya dalam negara & peringkat global.. Kita harap bayaran itu diguna untuk pendidikan anak2, kerana itulah yang bakal mengubah kehidupan menjadi lebih baik.. Jika ada lebih, jangan dibazir.. saya ingin cadang agar peneroka boleh tambah pelaburan dalam Koperasi Permodalan Felda KPF.. Purata pulangan setahun ialah 14%, koperasi kedua terbaik di negara ini.. Ini adalah untuk faedah jangka panjang..

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:27 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

2 comments for Bayaran insentif produktiviti Felda RM100.9 juta menunjukkan bahawa:

  1. salam Dato, saya setuju mengenai penjelasan Dato dalam isu Bonus Felda ini. saya dapat tahu si mazlan Aliman tu tak dapat Bonus yang di agihkan ini kerana tanah yang di berikan felda semasa Arwah bapanya Pohon telah di pajak kepada orang lain. Macam mana pulak dah dapat tanah si Mazlan ni boleh Ali baba kan...Sengal betul

    teruskan perjuangan Dato...

  2. taniah Dato', itu tandanya kejayaan dalam amanah yg dipikul.. Tahniah sekali lagi..
    teruskan perjuangan...

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]