BN Mesti Pertahan DUN Tenang Dengan Majoriti Bertambah

GEMAS, 20 Dis – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata Barisan Nasional (BN) bukan sahaja perlu pastikan menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang malah perlu menambah majoriti kemenangan.

Justeru beliau berharap semua parti komponen BN bergerak serentak khususnya ketika menjalankan kempen bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

“Pilihan raya kecil DUN Tenang yang bakal diadakan perlu dijalankan dalam suasana tenang, bersesuaian dengan nama DUN berkenaan.

“Walaupun saya yakin BN akan menang lagi, tetapi kita perlu memastikan kemenangan kali ini akan menambah majoriti berbanding yang diperoleh sebelum ini, sekali gus membuktikan BN terus diterima rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis 1Felda 1Jiwa 1Hati di Dewan Felda Jelai 2, di sini, Ahad.

Pilihanraya kecil DUN Tenang bakal diadakan berikutan ADUN kawasan tersebut, Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil Jumaat lepas.

Tarikh pilihanraya kecil itu akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Jumaat ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata setiap undi penting, sekali gus menolak dakwaan pihak yang cuba mengatakan undi kaum Cina atau Orang Asli tidak penting dalam memastikan kemenangan pilihan raya kecil akan datang.

Sementara itu berkenaan mengenai dakwaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa BN memperalatkan 3R iaitu ‘bangsa, agama dan raja’ bertujuan menutup perbuatan parti itu yang sejak dahulu menggunakan pendekatan berkenaan bagi meraih sokongan rakyat, beliau tuduhan berkenaan adalah tidak berasas kerana BN sejak dahulu lagi memperjuangkan hak semua kaum untuk hidup aman dan mencari kekayaan.

”Semua rakyat juga bebas mengamalkan agama, bahasa dan budaya masing-masing dan tuduhan Guan Eng ini semata-mata khuatir kerana gagasan 1Malaysia yang dibawa BN semakin popular,” katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:10 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for BN Mesti Pertahan DUN Tenang Dengan Majoriti Bertambah

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]