Kekecohan di Parlimen langkah terdesak Anwar

Ketua Pembangkang dianggap liabiliti kepada negara


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilabel liabiliti kepada negara kerana kerap menimbulkan pelbagai konflik termasuk insiden kecoh di Parlimen kelmarin.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata rakyat seharusnya menolak perbuatan Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang menggunakan pendekatan demonstrasi, eksploitasi dan berbohong sehingga menyebabkan situasi tegang kepada negara.
“Anwar tidak lagi dilihat sebagai liabiliti kepada orang Melayu atau Pakatan Rakyat sebaliknya liabiliti kepada negara. Cara dia menggunakan pihak asing untuk mencapai cita-citanya, burukkan Malaysia di luar dan terbaru tindakannya di Parlimen sangat berbahaya kepada negara,” katanya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran. Seorang lagi Ahli MT UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah, turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan wakil rakyat pembangkang di Parlimen yang disifatkannya perbuatan salah dan tidak mencerminkan kewibawaan sebagai wakil rakyat sehingga sanggup mencemarkan kemuliaan Dewan Rakyat.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Pertandingan Debat Antara Universiti Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, semalam, beliau berkata, mana-mana Ahli Parlimen pun yang tidak bersetuju dengan usul dikemukakan, boleh membawa usul persendirian.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, wakil rakyat pembangkang seharusnya bertindak menghormati institusi Parlimen dan bukannya menjadikan Dewan Rakyat tidak ubah seperti ‘sarkas’ politik.

“Apa yang berlaku di Parlimen kelmarin membuktikan pakatan pembangkang semakin terdesak selepas ditimpa pelbagai ‘bencana’ sejak kebelakangan ini terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, pula berkata kekecohan dicetuskan Ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat dan luar bangunan Parlimen jelas menunjukkan sikap tidak profesional pakatan pembangkang dan menunjukkan emosi mereka yang melampau dan keterlaluan.

"Ini bukan kali pertama Ahli Parlimen digantung daripada sidang Dewan Rakyat, tetapi kekecohan atau penentangan tidak pernah berlaku sehingga memaksa polis berada di sepanjang jalan menuju pintu masuk bangunan Parlimen. Keadaan itu jelas menunjukkan sikap tidak profesional mereka," katanya.

Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar, berkata tindakan pakatan pembangkang menganjurkan perarakan dari bangunan Parlimen ke ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, juga menunjukkan pakatan begitu teliti dalam merancang tindakan mereka untuk menimbulkan kekecohan.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:26 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for Kekecohan di Parlimen langkah terdesak Anwar

  1. sidang dwan rakyat sekarang semua org boleh tengok la,semua ada kat dlm youtube..semua org boleh tau sape bela rakyat sape bela pemimpin yg tak betul..isu pengantungan anwar kat dewan rakyat,sema org tau yg speaker berat sebelah,tak bagi anwar berucap,tolak semua ucapan pmbangkang,yg dibagi berucap kejap je pastu kene potong..yg dibagi berucap panjang org kau yg berucap ntah pe2 nath,abis2 menjerit mcm beruk..yg aku penah tengok kau sekali dua je,tu ntah pe2 ntah,cam org banggang,org pendek banggang..
    *sekarang ko tido kat kampung mana?tak larat da duk kat kg?bosan duk kg?..cerita beria la,korang ni semua cakap tak serupa bikin,cam palat...

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]