Tolak 1Malaysia, Pembangkang Takut Perpaduan, Rakyat Bersatu Padu??

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata pihak yang menolak 1Malaysia bererti menolak perpaduan dan dan menolak keharmonian kaum. “Menolak simbol 1Malaysia bermaksud tidak suka kepada kesan baik rakyat yang sejahtera hidup bersama bersatu dalam negara yang adil dan maju. “Adakah pembangkang ingin 2 atau 3 Malaysia dalam satu negara ini bila menolak simbol dan Gagasan 1Malaysia”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini. Tegas beliau lagi 1Malaysia tidak sama dengan satu yang lain yang dibuat oleh beberapa negara. “1Malaysia unik kerana ada bendera kita dalam logo nombor 1 dan punyai dua tema iaitu rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Ia amat kreatif”, ujarnya. Justeru beliau percaya antara perkara yang pembangkang paling khuatir sekarang ini ialah kejayaan Gagasan 1Malaysia. Katanya lagi kebanyakan rakyat gembira dan sambut baik gagasasan itu kecuali pimpinan pembangkang. Oleh kerana itu tambah beliau pihak pembangkang membuat pelbagai perkara untuk menghalang seperti peraturan di Selangor. “1Malaysia adalah inisiatif kerajaan pusat, kerajaan Malaysia untuk seluruh rakyat tanpa mengira latar kaum, agama dan fahaman politik. “Sewajarnya mereka tidak menghalang perkara yang baik untuk rakyat. Adakah mereka tidak sokong perpaduan? Adakah mereka benci jika rakyat bersatu padu untuk kebaikan negara?”, soalnya. -MediaUMNO

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 12:59 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Tolak 1Malaysia, Pembangkang Takut Perpaduan, Rakyat Bersatu Padu??

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]