Azahar Bukan Calon Payung Terjun – Ahmad Maslan

LABIS 19 JAN – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ahmad yang diumumkan untuk menggalas amanah parti pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bukanlah calon payung terjun sebaliknya merupakan seorang yang aktif di dalam parti. Menurut beliau Mohd Azahar bukan sahaja pernah menjawat jawatan sebagai Bendahari Pemuda Labis malah turut komited membantu parti selain berkhidmat dengan baik terhadap penduduk setempat. “Sebenarnya beliau bukanlah calon payung terjun kerana beliau pernah berkhidmat dalam parti sebelum ini dan sehingga ke hari ini beliau begitu komited membantu parti. “Justeru perkara itu tidak timbul dan kepimpinan bahagian mengalu-alukan keputusan terbabit dan tugas kita selepas ini adalah untuk membantu kemenangan BN pada pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari nanti,” katanya. Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online selepas majlis pengumuman calon yang diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Datuk Hj Muhyiddin Yassin, di perkarangan UMNO Labis di, sini, hari ini. Ahmad Maslan seterusnya yakin dengan pengalaman serta kewibawaan yang ada pada Mohd Azahar, beliau mampu memberi khidmat yang terbaik kepada penduduk Tenang sekiranya diberikan peluang kelak. -MediaUMNO

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 2:09 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Azahar Bukan Calon Payung Terjun – Ahmad Maslan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]