Bertindak ke atas pembakar bendera


LABIS 24 Jan. - Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap mereka yang membakar bendera UMNO di Taman Mewah di sini semalam kerana ia merupakan perbuatan yang tidak beretika dan melampau.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, jika perbuatan itu dibiarkan tidak mustahil perkara lebih buruk berlaku dan keadaan menjadi semakin tidak stabil.

"Walaupun keadaan berkempen sekarang ini masih terkawal tetapi kita minta tindakan segera perlu dikenakan. Perkara ini tidak menguntungkan mana-mana pihak.

"Kita tidak menuduh sesiapa tetapi mana-mana pihak tolong hentikan perbuatan ini," katanya kepada Utusan Malaysia di Bilik Gerakan MIC di Bukit Dato' di sini hari ini.

Semalam, dua kes bakar bendera UMNO dilakukan di taman itu pada pukul 6.30 pagi dan 9.30 pagi dipercayai dilakukan penyokong Pas.

Berikutan itu, Pemuda UMNO Johor Bahru membuat laporan polis kira-kira pukul 10 pagi di Balai Polis Labis.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pihak berkuasa perlu melakukan pemantauan agar perkara itu tidak berulang.

Pada masa sama beliau mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak terikut-ikut atau membalas perbuatan tersebut.

Beliau turut melahirkan kesal dengan cara Pas berkempen yang mendoakan agar bala diturunkan terhadap UMNO.

Jelasnya, perbuatan itu amat memalukan kerana Pas mendakwa kononnya sebuah parti Islam tetapi perbuatannya tidak mencerminkan ajaran agama suci itu.

"Jangan kita mendoakan keburukan orang lain, bukankah kita sesama Islam? Walau berbeza ideologi politik pun tetapi kita tetap bersaudara," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:52 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

2 comments for Bertindak ke atas pembakar bendera

  1. Memang itu layaknya doa bagi kaum-kaum Munafiq ini... setiap hari aku doakan agar UMNO hancur lebur.... Mereka bukan termasuk dalam golongan orang yang bertaqwa. Mereka adalah golongan yang mempersendakan Syariat dan berpura-pura.

    Sedikit pun mereka tidak takutkan akan azab Allah swt. Malah mereka mempermainkan-mainkan dan memperolok-olakkan Hukum Allah swt...

  2. " Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, jika perbuatan itu dibiarkan tidak mustahil perkara lebih buruk berlaku dan keadaan menjadi semakin tidak stabil."
    ( MEMANG DAH TAK STABILLLLL PONNN )

    JUAK JUAK PUAK PUAK SUKU SAKAT
    SATUUUUUU um NO APCO JGAK YG BUAT TUUUUUU,
    BUAT BUAT KECOHHHH PULAK...
    PEEEGIIIII DAAA
    KHAAAAAAAAAK TUUUIHHHH,,,,,,,
    BANGSAT PUNYA PENCACAI SI MAT MASLAN NI...

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]