Maybank mahu ke India

Ahmad Maslan menyerahkan permohonan akuan baru kepada Syed Faisal Albar (kanan) sambil diperhatikan oleh Abdul Wahid Omar pada majlis pelancaran kerjasama Pos Malaysia Bhd. dan Malayan Banking Bhd. di Pontian, semalam.

PONTIAN 14 Jan. - Malayan Banking Bhd. (Maybank) kini dalam proses mengenal pasti lokasi dan jumlah cawangan yang akan dibuka di India.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, pada masa ini pihaknya telah memperoleh lesen untuk membuka bank komersial di negara berkenaan.

"Kita pasti akan membuka cawangan bank komersial pertama (Maybank) di India. Bagaimanapun, kita tidak menetapkan sebarang tempoh bagi tujuan itu," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas perancangan Maybank di India.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran kerjasama Pos Malaysia Bhd. (Pos Malaysia) dan Maybank yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di Pejabat Pos Benut di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Syed Faisal Albar.

Mengulas perkembangan lain, Abdul Wahid berkata, Maybank turut mengkaji untuk menyediakan operasinya di Thailand, melalui tawaran pembelian firma pembrokeran Singapura, Kim Eng Holdings Ltd. (Kim Eng) pada harga RM4.26 bilion.

Beliau berkata, Maybank merancang memasuki pasaran kewangan Thailand dengan memberi tumpuan dalam perniagaan pembrokeran kerana Kim Eng juga adalah firma pembrokeran pertama di negara terbabit dengan 41 cawangan.

"Pada permulaan, Maybank akan memberi fokus kepada perbankan pelaburan dan pasaran saham sebelum mengembangkan perniagaan kepada perbankan peruncitan," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:59 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Maybank mahu ke India

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]