Mohd. Azahar tepati kriteria parti


LABIS 20 Jan. - Pemilihan Mohd. Azahar Ibrahim sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang menepati kriteria parti yang mahu meletakkan pemimpin yang mudah didekati rakyat dan sedia berkhidmat untuk membangunkan negara. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, langkah pucuk pimpinan BN mempertaruhkan pemuda itu dilihat mampu memenuhi kehendak masyarakat di DUN Tenang. Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, ini kerana, Mohd. Azahar bukan orang asing di kalangan masyarakat Labis. Katanya, dalam UMNO Bahagian Labis beliau merupakan bekas Bendahari Pemuda UMNO bahagian itu dan Allahyarham bapanya pula, Ibrahim Daud pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang dan Ketua UMNO Bahagian Labis. "Namun, disebabkan pada ketika itu beliau merupakan anggota Perkhidmatan Awam Johor (JCS), Mohd. Azahar tidak dapat bergerak aktif dalam politik," katanya ketika ditemui, di sini semalam. Selain itu, kata Ahmad, calon itu juga sebelum ini pernah menduduki senarai pertama bagi Kumpulan Tujuh (G7) yang dipilih untuk mewakili UMNO bahagian itu ke Perhimpunan Agung UMNO.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:05 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Mohd. Azahar tepati kriteria parti

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]